RSS

BlackBerry Z10 Dengan OS BlackBerry 10

21 Feb

BlackBerry Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan BlackBery 10 untuk pasaran Malaysia. BlackBerry Z10 membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, storan terbina 16GB dengan sokongan mikro-SD, kamera 8-megapixel, sokongan NFC, mikro-HDMI, pengecasan melalui mikro-USB dan BB OS 10. Daripada penggunaan yang dilakukan ia bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah kerana menggunakan sistem berasaskan QNX. Salah satu perkara yang ditekankan pada BlackBerry 10 adalah BlackBerry Hub yang dijadikan sebagai kemaskini kepada perkhidmatan Messaging. Melalui BlackBerry Hub, ia membolehkan pengguna mengakses pelbagai mesej daripada emel, SMS, serta daripada pelbagai laman sosial, termasuk LinkedIn, Facebook dan juga Twitter. Terdapat lebih daripada 70,000 aplikasi di BlackBerry World hari ini. Pelbagai aplikasi tempatan juga turut tersedia, termasuk Berita Harian, Harian Metro, AirAsia, WowLoud dan pelbagai yang lain. Papan kekunci atas-skrin untuk BlackBerry Z10 juga didatangkan dengan sokongan pintar, membolehkan ia mempelajari pelbagai perkataan baru melalui input pengguna, dan mencadangkannya pada penggunaan kali kedua. Untuk kamera pula, salah satu fungsi yang ditekankan adalah TimeShift, membolehkan pengguna memilih gambar wajah yang cantik dan sesuai sebelum berkongsi gambar akhir bersama yang lain. BlackBerry Z10 akan dijual di Malaysia bermula daripada bulan Mac ini, dengan harga bermula RM2188. Peranti ini akan ditawarkan melalui Maxis bermula 9 Mac, dan diikuti oleh Celcom & DiGi bermula 8 April.

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2013 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s