RSS

Canonical Memperkenalkan Ubuntu Untuk Tablet

21 Feb

Setelah memperkenalkan Ubuntu untuk telefon pada bulan lepas, hari ini, Mark Shuttleworth secara rasminya mengumumkan Ubuntu untuk tablet, sekaligus membawakan sistem operasi sumber terbuka popular itu ke tablet. Dengan pengenalan Ubuntu untuk tablet ini, Canonical sekali lagi menekankan matlamat mereka untuk membawakan Ubuntu kepada pelbagai platform, daripada desktop, telefon pintar, televisyen, dan kini tablet. Ubuntu untuk tablet menggunakan penggunaan kod yang lebih kurang sama, tetapi menggunakan kernel Linux yang dioptimasikan untuk peranti berkenaan. Salah satu perkara menarik pada Ubuntu untuk tablet ini adalah sokongan multi-tasking padanya, membolehkan pengguna membuat pelbagai tugas pada waktu yang sama. Salah satu perkara menarik adalah kebolehan membawa satu kandungan dari sesuatu aplikasi ke aplikasi yang lain. Ia sekaligus memudahkan pengguna melaksanakan tugas mereka dengan lebih pantas lagi. Seperti pada versi PC, ia turut sama didatangkan dengan sokongan lebih dari satu akaun, membolehkan anda membuat tetapan khas untuk sesuatu akaun, dan berkongsi tablet dengan yang lain. Selain antaramuka yang kemas, Ubuntu untuk tablet turut sama membawakan akses pantas kepada pelbagai perkara, dimana ia boleh diakses daripada bucu paparan skrin. Selain itu, Ubuntu untuk Tablet ini turut menyertakan sokongan kawalan suara seperti siri. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti khas menggunakan Ubuntu untuk Tablet ini akan hadir. Apa pun, bagi pengguna Nexus 7 dan juga Nexus 10, Canonical bakal mengeluarkan fail pemasangan mereka pada minggu ini, bersama-sama dengan fail pemasangan untuk Ubuntu Phone. Baca : Ubuntu untuk Tablet.

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2013 in Gadjet, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s