RSS

HTC Melancarkan Peranti HTC One

21 Feb

Seperti mana yang dijanjikan, hari ini pihak HTC telah pun melancarkan HTC One atau dikenali juga sebagai HTC M7. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin LCD bersaiz 4.7-inci, dengan sokongan paparan resolusi penuh 1080p sekaligus membawakan ketumpatan densiti pada kadar 468PPI. Dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 2300mAh, sokongan NFC, dan turut dilengkapi dengan sokongan LTE padanya. Seperti biasa, pada keluarga One, HTC memfokuskan kepada kamera yang dipanggil sebagai HTC UltraPixel Camera. Ia membolehkan pengguna merakamkan gambar berkualiti tinggi, walaupun pada keadaan cahaya yang rendah ketika itu. HTC ImageChip 2 turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video dalam bentuk HDR pada kadar 30fps dan 720p pada kadar 60fps. Selain kamera dan skrin yang baik, HTC One turut didatangkan bersama-sama sokongan HTC BoomSound, dikatakan membawakan kualiti audio dan suara yang amat baik melalui dua stereo speaker pada bahagian hadapan. Untuk sokongan HTC Zoe pula membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video HD pada waktu yang sama. Untuk antaramuka HTC Sense, ia diberi nafas baru sepenuhnya, dimana pada skrin utama, pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini dari pelbagai laman dan perkhidmatan. Fungsi ini dipanggil sebagai HTC BlinkFeed, membawakan fungsi seumpama Flipboard, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai informasi dengan mudah. HTC akan memperkenalkan peranti ini secara berperingkat ke seluruh dunia bermula bulan Mac 2013 ini.

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s