RSS

HTC Memperkenalkan Peranti Terbaru HTC One (M7)

25 Feb

HTC mengumumkan HTC One sebagai peranti smartphone terbaru mereka, sekaligus mengambil-alih takhta sebagai peranti terbaik keluaran mereka. Penambahbaikan dapat dilihat dari segi pemprosesan, teknologi kamera dan penggunaan antaramuka baru Sense 5. HTC One diperkasakan dengan pemproses 1.7 GHz empat teras Snapdragon 600, RAM 2 Gigabyte, muatan dalaman 32/64 Gigabyte dan kamera utama sebesar 4 Megapixel dengan teknologi UltraPixel. Dari segi fizikal, HTC One mempunyai mutu binaan yang terbaik pernah dilihat untuk sebuah peranti Android. Keseluruhan tubuh peranti ini dihasilkan dari aluminium yang menurut HTC mengambil masa 120 minit untuk dihasilkan. Kesemua ini dilakukan bagi memastikan tiada kesan penyambungan pada casis telefon pintar ini. Apabila memegang peranti ini, anda dapat merasakan perbezaannya berbanding peranti lain yang ada di luar sana. Pada bahagian kiri terdapat butang suara yang juga diperbuat dari aluminium. Pada bahagian atas terdapat butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pemancar infra merah. HTC One kini juga boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh. Pada bahagian kiri pula terdapat slot untuk kad mikro SIM sementara pada bahagian bawa pula terdapat slot untuk USB mikro.

Skrin LCD 3 sebesar 4.7 inci digunakan pada HTC One. Skrin HTC One mempunyai kepadatan pixel yang lebih tinggi dari Butterfly iaitu 469 pixel setiap inci. Pada home screen terdapat BlinkFeed yang menjadi pembaca RSS Feed, laman sosial dan kalender. Dengan BlinkFeed kesemua berita terkini, status di laman sosial dan temujanji anda dipaparkan secara terus pada home screen. Secara default BlinkFeed akan menjadi home screen Sense 5.0  tetapi anda mempunyai kebebasan untuk tidak menggunakannya sekiranya mahu menjimatkan penggunaan bateri dan RAM. Sebuah lagi perubahan ketara ialah HTC hanya mempunyai 2 butang fizikal berbanding 3 pada peranti HTC sebelum ini. Butang multi tasking kini tidak lagi disertakan dan butang home kini terletak di bahagian bawah bahagian kanan peranti. Untuk mengakses skrin multi tasking anda perlu menekan butang home sebanyak dua kali. Paparan aplikasi pada skrin multi tasking juga diberikan nafas baru dengan 9 aplikasi terakhir anda gunakan dipaparkan dalam bentuk grid. Paparan berbentuk grid ini adalah sangat mesra pengguna kerana ia menunjukkan kesemua aplikasi yang aktif tanpa perlu melakukan tatalan. Sense 5 membenarkan anda menyusun ikon aplikasi dalam sususan 3×3 atau 4×3.

Perubahan arah tatalan juga dilakukan pada antaramuka pemilihan widget. Ikon-ikon Sense 4+ juga diubah dengan ikon baru yang lebih menarik dan bersolusi tinggi. BoomSound ialah usaha terkini HTC untuk menghasilkan kualiti bunyi yang terbaik pada peranti HTC One. Selain daripada itu terdapat juga fungsi karaoke di mana kesemua lagu di dalam peranti anda boleh dimainkan lengkap dengan lirik lagu. Boomsound menggunakan teknologi dari SoundHound untuk memastikan lirik lagu adalah betul dan muncul tepat pada waktunya. Teknologi UltraPixel digunakan pada HTC One dimana dapat menangkap 300% lebih banyak cahaya dari sensor kamera biasa. Hasilnya gambar mempunyai imej yang lebih tajam dan berfungsi dengan baik di dalam situasi pencahayaan rendah. HTC One mempunyai saiz pixel sebesar 2 mikron berbanding 1.4 micron pada iPhone5 dan Lumia 920. Secara teorinya gambar yang diambil dari HTC One adalah lebih jelas berbanding peranti lain. Selain Ultrapixel, HTC One juga didatangi dengan fungsi baru HTC Zoe. Zoe ianya singkatan perkataan Zoetrope yang bermaksud roda kehidupan. Di dalam mod Zoe, gambar yang diambil turut disertakan dengan klip video sepanjang 4 saat.

Dua saat sebelum pemetik kamera ditekan dan dua lagi selepas pemetik kamera ditekan. Fungsi suntingan air muka HTC Zoe adalah sama seperti fungsi suntingan muka yang ada pada Samsung Galaxy Note 2. Air muka pada gambar yang diambil boleh diubah dan digantikan dengan air muka berbeza dari klip video empat saat yang diambil. Fungsi gambar berturutan pula membolehkan anda menggabungkan pelbagai gambar aksi menjadi sekeping gambar. Seperti contoh gambar di atas 5 keping gambar digabungkan menjadi sekeping gambar komposit. Terdapat juga fungsi pembuangan objek di mana elemen pada gambar yang tidak diingini boleh dibuang mengikut kehendak pengguna. Fungsi ini sama seperti fungsi content aware fill yang ada pada perisian Adobe Photoshop. HTC Zoe juga boleh digunakan bagi menghasilkan klip video pendek sepanjang 30 saat secara automatik. Antaramuka galeri gambar juga diberi nafas baru dengan thumbnail yang tidak lagi statik. Sekali imbas dari muka utama galeri anda boleh mengetahui isi kandungan setiap folder yang ada. Fungsi suntingan gambar baru juga dapat dilihat di dalam Sense 5 dimana beberapa penapis dan kesan khas baru ditambah daripada yang sudah sedia ada di dalam Sense 4+. HTC One ini boleh dikatakan sebagai peranti Android paling kemas dan cantik yang pernah dilihat buat masa ini dan merupakan peranti terbaik Android yang ada di pasaran sekarang. Harga saranan sekitar RM 2299 untuk versi 32GB.

 
Leave a comment

Posted by on February 25, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s