RSS

Material Mempaparkan Berita & Topik Kegemaran

25 Feb

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kemudahan membaca pelbagai kandungan mengikut minat anda, seperti Flipboard, Pulse dan sebagainya. Terkini, salah satu aplikasi baru diperkenalkan kepada pengguna Android adalah Material. Material ini membolehkan anda mengikuti pelbagai kemaskini kandungan dengan mudah melaluinya. Sebaik sahaja selesai memasang aplikasi Material ini, pengguna diperlukan untuk log masuk menggunakan akaun Twitter dan juga Facebook. Kemudiannya, sebaik sahaja anda log masuk, ia akan secara automatik menarik apa yang diminati anda berdasarkan kepada perkongsian anda dan rakan-rakan lain di laman sosial. Selepas beberapa minit, anda akan dipaparkan dengan sebuah edisi khas, membolehkan anda mengikuti beberapa topik yang dicadangkan, dan dengan mudah mengikuti apakah topik terhangat pada sesuatu hari. Berbeza dengan beberapa aplikasi lain yang dikemaskini dalam bentuk masa-nyata, untuk Material ia hanya dikemaskini secara berkala, dan sesuai untuk mereka yang hanya ingin mengikuti kemaskini berita harian sekali atau dua setiap hari. Buat masa ini, Material masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin pada versi akhirnya, lebih banyak fungsi baru akan ditambahkan kepadanya. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini. Muat-Turun Aplikasi Material Untuk Android.

 
Leave a comment

Posted by on February 25, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s