RSS

Nokia Lumia 520 dan Lumia 720

01 Mar

Nokia terkini memperkenalkan dua peranti baru di MWC 2013, dinamakan sebagai Lumia 520 dan juga Lumia 720. Lumia 520 adalah peranti pintar pada harga bajet, manakala Lumia 720 membawakan spesifikasi pertengahan. Kedua-duanya dijana menggunakan sistem operasi Windows Phone terkini. Nokia Lumia 520 membawakan skrin bersaiz 4-inci (480×800 pixel), cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera belakang 5-megapixel, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan terbina sebesar 8GB dan didatangkan dengan sokongan mikro-SD. Untuk Nokia Lumia 720 pula, ia membawakan skrin bersaiz 4.3-inci (Clear Black) dengan resolusi sama seperti Lumia 520, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan terbina bersaiz 8GB dengan sokongan mikro-SD, kamera belakang 6.7-megapixel (optik Carl Zeiss) dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel. Kedua-duanya dijana menggunakan Windows Phone 8, dan membawakan beberapa fungsi asas, disamping menyertakan sokongan kamera seperti Cinemagraph dan lain-lain. Nokia turut sama memberikan nafas baru kepada aplikasi pemetaan mereka, dan menjenamakan semula kepada HERE Maps, HERE Drive, dan HERE Transit. Dari segi binaan, kedua-duanya membawakan elemen seperti terdapat pada beberapa peranti Lumia sebelum ini. Nokia Lumia 520 membawakan kerangka luar yang boleh dibuka dan diubah dengan warna pilihan pengguna, manakala untuk Lumia 720 ia membawakan rekaaan unibodi. Menariknya, pada Lumia 720 sebuah aksesori tambahan turut akan dijual, membolehkan pengguna menggunakan sokongan pengecasan tanpa wayar pada peranti tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s