RSS

NEC Medias W

01 Mar

Selain beberapa peranti yang diperkenalkan pada Mobile World Congress, salah satu peranti yang menarik perhatian ramai pihak adalah telefon pintar yang boleh dilipat daripada NEC. Peranti yang dikenali sebagai NEC Medias W ini hanya disasarkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini, dan dikatakan akan diperluaskan kepada beberapa negara lain tidak lama lagi. Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.3-inci ketika digunakan sebagai telefon pintar, dan berubah kepada paparan bersaiz 5.6-inci apabila kedua-dua skrinnya digunakan. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 1GB RAM, dan juga ruangan storan terbina bersaiz 16GB. Kamera pada peranti ini menggunakan sensor sebesar 8.1-megapixel, dimana apabila dibuka, boleh digunakan sebagai kamera hadapan, sekaligus menjadikannya antara peranti dengan kamera untuk panggilan video yang menarik. Dari segi skrin, boleh dikatakan paparannya menarik, dan amat jelas. Namun, salah satu kekurangan yang kelihatan adalah apabila menggunakan dwi-skrin untuk menonton gambar ataupun bermain permainan dan sebagainya, bahagian kerangka pada bahagian tengah kelihatan agak menganggu. Memandangkan ia memfokuskan kepada dua kaedah kendalian, dimana sebagai telefon pintar dan tablet bersaiz kecil, maka kebanyakkan aplikasi pada peranti NEC Medias W ini telah dioptimasikan. Ketika memasukkan teks dan sebagainya, pengguna boleh menggunakan peranti dengan menetapkan satu skrin sebagai papan kekunci, dan satu lagi sebagai skrin biasa.

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s