RSS

Sailfish OS Daripada Jolla

05 Mar

Sistem operasi mudah-alih Sailfish OS telah diperkenalkan pada November yang lepas, dimana merupakan evolusi daripada sistem operasi MeeGo. Jolla memperkenalkan sistem operasi ini berasaskan gesture sepenuhnya, sekaligus membolehkan pengguna menikmati peranti mudah-alih mereka tanpa perlu menekan sebarang butang. Dari skrin kunci sehingga ke aplikasi, segalanya disusun secara teratur, dimana pengguna hanya perlu mentatal ke bawah untuk berpindah dari satu skrin ke skrin yang lain. Sailfish OS disusun dengan paparan skrin kekunci, dengan memperlihatkan notifikasi seperti SMS, emel, dan sebagainya. Apabila pengguna mentatal ke bawah, ia memperlihatkan aplikasi yang berjalan dalam sebuah tetingkap kecil. Menariknya, aplikasi ini berjalan di latar, dan pengguna boleh mengawal terus daripada paparan tetingkap kecil tanpa perlu membuka sesuatu aplikasi itu sendiri. Seterusnya, apabila pengguna mentatal ke bawah lagi sekali, mereka akan dapat melihat senarai aplikasi yang terpasang pada peranti mereka. Untuk Sailfish OS ia menyokong aplikasi berasaskan Qt/QML dan juga HTML5. Menariknya, aplikasi Android juga disokong pada platform ini, membolehkan pengguna menjalankan fail berbentuk APK terus pada sistem operasi tersebut. Apabila dibandingkan dengan beberapa pengeluar platform operasi lain, seperti FirefoxOS, Ubuntu Touch dan sebagainya, Sailfish boleh dikatakan mempunyai kelebihan, apatah lagi pasukan disebaliknya pernah membangunkan peranti Nokia N9 yang masih lagi mempunyai permintaan pada hari ini. Sailfish OS juga menyertakan sokongan heptic feedback, membolehkan pengguna mengawal dan mengendalikan peranti walaupun tidak melihat skrin pada sesuatu masa.

 
Leave a comment

Posted by on March 5, 2013 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s