RSS

Mengawal Pembelian Aplikasi Pada Android Dan iOS

07 Mar

Pada kebanyakkan aplikasi pada masa kini, salah satu sokongan popular yang didatangkan bersama adalah kebolehan pembelian dalam aplikasi (In-App Purchase), yang menjadikan pengguna kadang-kala risau apabila peranti mereka digunakan anak-anak ataupun orang lain. Pada Android dan juga iOS, perkara ini boleh dikawal dimana pengguna boleh menetapkan kata laluan khas untuk pembelian aplikasi dan kandungan dalam sesuatu aplikasi dengan mudah. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu ke aplikasi Google Play Store, dan kemudiannya ke halaman “Settings”. Pada Settings, pengguna boleh menetapkan PIN, dan kemudian membuat tetapan PIN untuk dimasukkan ketika pembelian.

android-inapp

Pada iOS pula, proses mengelakkan pengguna membuat In-App Purchase adalah lebih mudah, dimana pengguna hanya perlu ke halaman Settings, dan pada bahagian General, pilih Restrictions. Setelah mengaktifkan “Enable Restrictions”, pengguna boleh mematikan sokongan “In-App Purchase”. Dengan panduan ringkas ini, anda boleh mengawal pembelian aplikasi pada peranti anda.

 
Leave a comment

Posted by on March 7, 2013 in Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s