RSS

Peranti Pintar Bajet Acer Liquid E1

09 Mar

Acer Liquid E1 telah diumumkan secara rasminya pada bulan Januari 2013, dimana membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan paparan 540×960 pixel dan menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori 1GB RAM, serta didatangkan kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan VGA. Acer Liquid E1 ini adalah peranti bajet daripada Acer. Menariknya pada Acer Liquid E1 adalah ia membawakan antaramuka asas Android, dengan sedikit perubahan dan penambahan daripada pihak Acer. Salah satu sokongan yang diminati adalah fungsi baru dinamakan sebagai Float Call. Melalui fungsi ini, ia memaparkan sebuah pop-up kecil ketika menerima panggilan dan pengguna boleh menggunakan sebarang aplikasi dalam waktu yang sama. Ia boleh dikatakan salah satu fungsi yang amat berguna terutamanya apabila pengguna sedang melihat sesuatu aplikasi dan tidak ingin diganggu dengan panggilan dan sebagainya. Ia turut juga menyertakan sokongan dwi-SIM. Pada bahagian skrin kunci juga, pihak Acer menyertakan sebuah pop-up kecil, membolehkan pengguna melihat dengan pantas notifikasi penting mereka, iaitu SMS dan juga panggilan yang terlepas, tanpa perlu untuk memasukki ruangan notifikasi. Boleh dipuji dari segi rekabentuk peranti dan keselesaan di atas tangan dimana berbeza dengan kebanyakkan peranti bajet di pasaran pada hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on March 9, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s