RSS

Acer Liquid Z2 Dan Acer Liquid C1

09 Mar

Selain daripada peranti terbaru mereka, Acer Liquid E1 dan juga Acer Iconia Tab B1, pihak Acer juga turut memperlihatkan dua telefon pintar berasaskan Android di Mobile World Congress 2013, iaitu Acer Liquid Z2 dan juga Acer Liquid C1. Acer Liquid Z2 merupakan peranti bajet dengan harga RM399. Acer Liquid Z2 membawakan cip pemprosesan 1GHz, memori 512MB RAM, kamera belakang 3-megapixel, dan skrin bersaiz 3.5-inci. Menariknya, ia berasakan Android 4.1 Jelly Bean, selain dilengkapi dengan beberapa fungsi menarik. Peranti yang menggunakan dwi-SIM ini membawakan antaramuka asas Android, tetapi pada masa yang sama turut menyertakan sebuah mod khas, dinamakan sebagai Quick Mode, membolehkan pengguna telefon bimbit sedia ada memahami dan mengendalikan peranti Liquid Z2 ini dengan lebih mudah. Fungsi rakaman 2.5D juga merupakan salah satu perkara yang menarik pada peranti ini, membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk menarik, selain sokongan rakaman panorama. Acer Liquid C1 pula merupakan peranti berasaskan cip pemprosesan Intel dan dikatakan akan dijual di pasaran Malaysia pada harga dibawah RM1000. Acer Liquid C1 menggunakan cip pemprosesan Intel Atom 1.2GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan VGA. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,000mAh, dan menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwic. Kedua-dua peranti ini dijangka akan berada di pasaran Malaysia seawal bulan ini, dan harga Acer Liquid C1 masih belum disahkan buat masa ini, berbeza dengan Acer Liquid Z2 yang sedia diketahui akan dijual pada harga RM399.

 
Leave a comment

Posted by on March 9, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s