RSS

AMD A10-5800K – Cip Pemprosesan APU

12 Mar

APU adalah sistem pemprosesan tambahan selain CPU, iaitu termasuk GPU atau yang lain-lain. Salah satu APU daripada pengeluar pemprosesan AMD adalah AMD A10-5800K. Dengan adanya AMD A10-5800K ini, ia membolehkan pemprosesan perkomputeran yang lebih baik dihasilkan, dimana pemprosesan dan kelajuan penghantaran data adalah lebih pantas, disamping mengurangkan penggunaan tenaga untuknya. Sebelum ini keluarga siri A ini dikenali dengan nama Fusion, sebelum kini dipanggil sebagai AMD Accerelated Processing Unit. Didatangkan bersama-sama sokongan Radeon HD Graphics, dimana ia menyokong kelajuan teras pemprosesan sehingga 4.2GHz melalui AMD Turbo (Tanpa overclock). Ia membolehkan pengguna menjalankan pelbagai tugasan perkomputeran, selain turut membolehkan pengguna menikmati pelbagai aplikasi media dalam bentuk definisi tinggi. Ia juga turut didatangkan dengan sokongan teknologi “AMD Eyefinity Technology” dimana ia membolehkan pengguna menghubungkan komputer mereka kepada sehingga empat monitor pada masa yang sama. AMD turut sama menyertakan sebuah teknologi dinamakan sebagai AMD Turbo Core Technology 3.0, dimana ia membolehkan cip pemprosesan ini secara automatik mengoptimasikan penggunaan tenaga dan prestasi bergantung kepada aktiviti harian anda dan sesuai untuk pengguna komputer riba kerana penjimatan penggunaan bateri. AMD turut sama menyertakan beberapa perkara seperti AMD Accelerated Video Converter, AMD App Acceleration, dan juga AMD HD Media Accelerator, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan pantas melaluinya.

 
Leave a comment

Posted by on March 12, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s