RSS

SKMM Menyaman Lima Syarikat Telekomunikasi

14 Mar

Nampaknya SKMM mula bertindak aktif sepanjang suku pertama tahun ini, dimana selepas mengenakan kompaun untuk beberapa syarikat telekomunikasi pada minggu lepas, hari ini, sebanyak 5 syarikat telekomunikasi tempatan dikenakan denda berjumlah menghampiri RM1 juta. Denda ini dikenakan ke atas kesalahan syarikat telekomunikasi yang gagal menyediakan informasi yang tepat ketika pendaftaran kad-SIM prabayar. Daripada denda yang dikenakan, Celcom Axiata menerima denda paling tinggi, iaitu berjumlah RM400,000; Merchantrade berjumlah RM250,000; UMobile berjumlah RM100,000; Maxis berjumlah RM160,000 dan Tune Talk berjumlah RM10,000. Pendaftaran kad-SIM untuk pengguna prabayar telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas, untuk mengelakkan pengguna menyalah-guna perkhidmatan telekomunikasi, dan para penyedia perkhidmatan telekomunikasi diperlukan untuk mengesahkan informasi dan identiti pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatan mereka. Menurut SKMM, mereka telah menerima pelbagai aduan, dimana beberapa nama dan nombor kad pengenalan individu digunakan untuk pendaftaran perkhidmatan telekomunikasi, walaupun sebenarnya mereka tidak melakukan sedemikian. Pada minggu lepas, sebanyak 3 syarikat didenda kerana kadar terputusnya panggilan apabila menggunakan perkhidmatan mereka agak tinggi, berjumlah sekitar RM190,000.

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s