RSS

Twitter Bakal Hadir Dengan Aplikasi Twitter Music

14 Mar

Twitter sebelum ini telah pun melancarkan aplikasi berasingan, Vine untuk iOS, dan kini dilaporkan Twitter turut sama bakal melancarkan sebuah aplikasi khas memfokuskan kepada lagu dan muzik yang dinamakan sebagai Twitter Music. Aplikasi baru ini dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna iOS terlebih dahulu. Twitter Music ini akan mencadangkan pelbagai lagu dan artis untuk didengari berdasarkan pelbagai perkara berdasarkan kepada siapa yang anda ikuti di Twitter. Aplikasi ini akan menggunakan SoundCloud untuk memainkan muzik kepada pengguna. Disediakan sebanyak empat tab utama, dimana “Suggested” yang akan memperlihatkan lagu-lagu dan artis yang dicadangkan mengikut siapa yang anda ikuti di Twitter. Selain itu, tab #NowPlaying pula akan memperlihatkan pautan kepada lagu-lagu yang sedang didengari oleh rakan-rakan anda. Dua lagi tab adalah “Popular” memperlihatkan lagu-lagu yang sedang popular, dan juga “”Emerging” yang menunjukkan artis-artis yang sedang meningkat naik. Teknologi disebalik Twitter Music ini dikuasakan oleh We Are Hunted yang diambil-alih oleh pihak Twitter lebih kurang enam bulan yang lepas. Dengan penyertaan di arena muzik, semestinya ia mengukuhkan lagi kedudukan Twitter di arena media social.

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2013 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s