RSS

Apakah Itu Indoor Positioning System ?

18 Mar

Di luar negara, IPS ini telah digunakan dibeberapa lokasi, membolehkan pengguna menggunakannya didalam bangunan, terutamanya didalam pusat membeli-belah dan juga lapangan terbang. Google sendiri telah mengintegrasikan sokongan ini pada Google Maps. Buat masa ini, IPS masih tidak mempunyai piawaian sendiri, membuatkan teknologi yang digunakan memaparkan lokasi berbeza-beza diantara satu sama lain. Sebagai contoh, Google untuk sokongan IPS ini, mereka menjejak lokasi pengguna berdasarkan kepada WiFi. Untuk menjayakannya, Google mengambil lokasi utama hotspot untuk WiFi didalam sesuatu bangunan, dan kemudiannya mengetahui kedudukan pengguna itu berdasarkan kepada signal sesuatu WiFi. Dengan ini juga mereka boleh mengetahui pengguna berada di aras berapa dan sebagainya. Selain daripada WiFi, sokongan Bluetooth juga turut digunakan, tetapi boleh dikatakan kosnya agak tinggi kerana memerlukan lebih banyak peranti berkaitan yang perlu dipasang. Tetapi penggunaannya akan memperlihatkan lokasi yang lebih tepat berbanding penggunaan WiFi. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat ujian dan semestinya dalam beberapa tahun lagi ia akan digunakan dengan lebih meluas. Dari segi penggunaan, ia amat berguna untuk mengetahui sesuatu kedai didalam bangunan, ataupun ketahui dimanakah kita meletakkan kenderaan di kawasan parkir kereta, serta lain-lain. Para peniaga juga boleh mempromosikan kedai mereka kepada pengguna, sekaligus menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka. Beberapa lokasi lain yang turut sama boleh digunakan adalah pada hospital dan juga gudang.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s