RSS

Sony Xperia Z

22 Mar

Peranti 5 inci ini ialah peranti Android yang terawal mempunyai paparan skrin HD penuh serta kemampuan kalis air yang menakjubkan.  Xperia Z mempunyai bahagian belakang yang diperbuat daripada kaca. Bahagian kemasan tepi pula diperbuat daripada plastik.  Benda pertama yang anda sedari apabila memegang peranti ini ialah ketiadaan port yang terbuka. Kesemua port dari mikro USB, fon kepala, SIM dan slot MikroSD peranti ini terselindung di belakang penutup plastik. Penutup-penutup plastik ini adalah perlu bagi memastikan komponen dalaman Xperia Z tidak akan dimasuki air ataupun debu. Menurut Sony, Xperia Z mampu direndamkan di dalam air sehingga 1 meter selama  30 minit tanpa mengalami sebarang kerosakan. Secara keseluruhan kualiti kemasan dan rekaan Xperia Z adalah amat baik dan membuatkan ianya kelihatan premium. Set Malaysia tidak didatangkan dengan dok seperti set antarabangsa, dan perlu dibeli secara berasingan. Pada bahagian kanan terdapat butang suara, pembesar suara dan butang kuasa. Kedudukan butang kuasa pada bahagian tengah sebelah kanan peranti memudahkan proses mematikan serta menghidupkan peranti. Pembesar suara pada bahagian kanan juga satu lagi rekaan yang pintar dari Sony.

Sebelum ini kebanyakkan peranti meletakkan pembesar suara pada bahagian belakang mengakibatkan bunyi yang keluar agak tenggelam. Pada Xperia Z bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suaranya amat jelas kerana lokasinya pada bahagian kanan. Bunyi yang dihasilkan tidak dilontarkan ke belakang jauh dari telinga pendengar. Sony jelas melaburkan banyak masa bagi memastikan Xperia Z mempunyai rekaan industri yang paling mesra prengguna di pasaran sekarang. Skrin TFT 5 inci Xperia Z mempunyai paparan HD penuh seperti yang ada pada HTC Butterfly dan HTC One.  Kepadatan pixel skrin Xperia Z adalah setaraf dengan HTC Butterfly (441 PPI) tetapi kurang sedikit dari yang ada pada HTC One (469 PPI). Antaramuka Timescape yang digunakan pada peranti Sony ini telah diberikan nafas baru.  Widget dan pintasan kepada aplikasi adalah lebih mesra pengguna. Apabila ada melakukan aksi pinch-in, anda akan dibawakan kepada antaramuka yang memaparkan logo widget, aplikasi, pilihan latar belakang dan pilihan tema telefon. Selain daripada itu apabila butang multi tasking ditekan, anda boleh melancarkan aplikasi mini yang diberi nama SmallApps. Aplikasi jam randik, mesin kira-kira, nota dan perakam audio adalah antara small apps yang sudah terbina.

Jika anda biasa menggunakan antaramuka Touchwiz, SmallApps bolehlah dikatakan aplikasi mini Samsung versi Sony. Anda boleh menambah SmallApps yang sedia ada tetapi pilihan yang ada setakat ini adalah terhad. Terdapat 29 small apps yang boleh dimuat turun oleh pengguna dari Google Play Store. Xperia Z dilengkapi kamera utama sebesar 13.1 Megapixel dan 2.2 Megapixel pada bahagian hadapan. Kedua-dua kamera ini mampu mengambil video pada resolusi HD penuh. Kamera utamanya juga mampu memgambil video di dalam mod HDR.  Gambar yang diambil adalah jelas dan cukup tajam kerana menggunakan sensor Exmor RS yang mampu menganalisa imej dengan tetapan mod gambar. Gambar pada keadaan pencahayaan rendah juga terang berbanding pesaing yang lain kecuali HTC One. Seperti biasa penanda aras Quadrant dan Antutu dilakukan terhadap peranti ini. Buat masa ini Xperia Z mempunyai markah penanda aras tertinggi berbanding peranti yang ada dipasaran kini. Pada penanda aras Quadrant ia mendapat 7877 markah manakala pada penanda aras Antutu pula ia mendapat 20838 markah. Bedasarkan markah yang diterima, Xperia Z mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dari LG Nexus 4 dan HTC Butterfly.

 
Leave a comment

Posted by on March 22, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s