RSS

Apakah Itu Creative Commons ?

25 Mar

Dengan perkembangan dunia internet, kandungan yang mula dihasilkan meningkat dari hari ke hari. Dalam usaha untuk mengawal hak cipta kandungan, salah satu organisasi yang menyediakan beberapa lesen hak cipta untuk pemilik asal adalah Creative Commons. Melalui pelesenan yang disediakan oleh Creative Commons, ia membolehkan pemilik kandungan berkongsi hasil kerja mereka untuk digunakan oleh sesiapa sahaja dan kredit hak cipta kepada pemilik asal. Creative Commons menawarkan satu set lesen hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu pencipta memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap kerja yang telah dihakciptakan, terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet. Creative Commons yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006 ini turut sama menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC. Sekiranya anda perasan, kebanyakkan laman web berbentuk perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative Commons, termasuk YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo dan banyak lagi. Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain berkongsi karya, disamping pada masa yang sama mengekalkan apa yang telah ditetapkan oleh anda. Selain individu persendirian, dan syarikat kecil, beberapa nama besar turut melesenkan kandungan mereka dibawah lesen ini, termasuk antaranya adalah Google, Wikipedia, Al-Jazeera dan beberapa yang lain. Di Malaysia, 15 projek turut sama mengguna-pakai pelesenan Creative Commons. Bagi yang aktif berkongsi gambar, video dan pelbagai karya di arena internet, anda boleh menyemak laman Creative Commons hari ini, dan mula memilih lesen yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh melakukan perkara sama ketika berkongsi kandungan di YouTube, Flickr, Vimeo dan beberapa yang lain. Layari laman Creative Commons untuk maklumat lanjut.

 
Leave a comment

Posted by on March 25, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s