RSS

WordPress 3.6 Beta

26 Mar

WordPress kini telah menjadi salah satu CMS yang digunakan secara meluas dalam pembangunan web, dari blog sehinggalah laman edagang mahupun laman sosial. Terkini, pihak pembangunnya telah pun melancarkan WordPress 3.6 Beta 1. Beberapa perkara baru telah disertakan, salah satunya adalah tema utama baru, dinamakan sebagai Twenty Thirteen. Dari segi fungsi tambahan pula, sokongan Post Formats didatangkan dengan sokongan antaramuka sendiri, memudahkan pembangun tema untuk membuat tema khas dan sebagainya. Disamping itu, WordPress 3.6 juga menyertakan sokongan audio dan video dalam bentuk HTML5, sekaligus tidak lagi memerlukan pengguna mempunyai plugin tambahan untuk memuat-naik video ke blog atau laman mereka. Editor juga ditambah-baik, termasuk kebolehan menyimpan draft pada komputer, mengelakkan sebarang teks terpadam sekiranya talian internet menghadapi masalah. Bagi pembangun web yang berminat, boleh mencuba terlebih dahulu WordPress 3.6 Beta 1 ini, sementara menantikan ia dilancarkan secara rasmi dalam sebulan lagi.

 
Leave a comment

Posted by on March 26, 2013 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s