RSS

Facebook kesan 83 Juta Akaun Palsu!

01 Apr

Seramai 83 juta pengguna Facebook adalah pengguna yang meragukan seperti akaun salinan atau dibangunkan khas untuk menghantar serangan spam. Meskipun jumlah ahli Facebook meningkat kepada 955 juta pada akhir suku kedua, namun begitu sebanyak 8.7 peratus daripadanya adalah akaun palsu mengikut laporan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS). Dianggarkan 4.8 peratus adalah pengguna aktif bagi akaun palsu. Selebihnya 2.4 peratus mungkin untuk perniagaan, kumpulan atau “entiti bukan manusia seperti haiwan peliharaan”, manakala 1.5 peratus pula adalah akaun yang tidak diingini dimana digunakan untuk spam atau aktiviti berniat jahat. Dipercayai peratusan akaun yang disalin atau palsu lebih rendah di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) atau Australia dan tinggi di negara yang sedang membangun seperti di Indonesia dan Turki. Facebook secara berterusan meninjau untuk mempertingkatkan keupayaan untuk mengenal pasti akaun palsu dan jumlah keseluruhan akaun terbabit. Beberapa penganalisis mulai tidak yakin syarikat itu berupaya melonjakkan pendapatannya. Penganalisis Sophos, firma sekuriti British, Graham Cluley, berkata akaun palsu adalah sesuatu yang menjadi hakikat didalam kehidupan namun ia mampu menjejaskan keuntungan Facebook secara keseluruhan. Dengan jelas semua pengguna Facebook berminat menjadikan laman web itu satu tempat yang selamat dan tahap spam serta pautan berniat jahat dapat dikurangkan. Maklumat lain, saham Facebook telah ditutup turun lebih empat peratus kepada AS$20.04, iaitu satu kejatuhan teruk mencecah 47 peratus daripada harga pembukaannya pada Mac lalu sebanyak AS$38.

 
Leave a comment

Posted by on April 1, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s