RSS

Video Pada News Feed Facebook

17 Apr

Iklan Video Facebook ? Facebook, selain daripada memperkenalkan pelbagai perubahan pada laman sosial mereka, akhir-akhir ini juga mereka telah mula memfokuskan dalam menjana duit melaluinya. Selain beberapa bentuk pengiklanan sedia ada, telah sedia dilaporkan akan hadir dengan pengiklanan berbentuk video pada News Feed, dan kini dikatakan ia akan dilancarkan sekitar Jun atau Julai tahun ini. Daripada apa yang dilaporkan sebelum ini, ia dikatakan iklan video akan terhad kepada 15 saat dan dimainkan secara automatik. Namun, melalui beberapa perubahan pada bahagian News Feed pada bulan lepas, mungkin bentuk iklan yang dipaparkan kelak juga sedikit berbeza dengan dirancang sebelum ini. AdAge mengatakan pengguna tidak akan melihat lebih daripada tiga video iklan pada sesuatu hari, dan Facebook sendiri dilaporkan meletakkan harga sekitar $1 juta untuk satu slot pengiklanan video (terhad kepada empat slot untuk sesuatu hari). Semestinya salah satu perkara yang tertanya-tanya oleh pengguna adalah adakah ia akan memberikan impak yang tinggi kepada pengguna dan bagaimanakah ia akan memberikan kesan kepada penggunaan laman sosial tersebut. Pengiklanan video sendiri bukan sesuatu yang baru, dimana ia telah diimplementasikan oleh Google pada laman YouTube mereka. Namun, apa yang berbezanya adalah dimana pengguna ke laman YouTube untuk menonton video, dan mungkin tidak kisah mengenainya, tetapi sebaliknya di Facebook, pengguna mungkin inginkan pengalaman yang sedikit berbeza. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Facebook, dan bagaimana mereka bakal mengintegrasikannya kelak.

 
Leave a comment

Posted by on April 17, 2013 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s