RSS

Aplikasi Instagram Untuk Makanan

18 Apr

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada penambahan filter dan efek pada gambar. Selain Instagram yang mempunyai komuniti yang aktif, salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada makanan adalah SnapDish. SnapDish merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun dari Jepun, Layari : Laman Rasmi Snapdish. Menurut pembangunnya, SnapDish telah dilancarkan pada Mei 2011, dan sehingga ke hari ini, mereka mempunyai hampir 1 juta pengguna. Pengguna boleh menambah efek dan filter pada gambar makanan sebelum dikongsikan kepada yang lain. Memandangkan ia turut sama membolehkan perkongsian resipi, maka komuniti disebaliknya agak aktif bukan sahaja dalam menyumbang, tetapi turut sama aktif dalam memberikan maklumbalas antara satu sama lain. Menurut pembangunnya, mereka kini dalam proses memperluaskan aplikasi mereka kepada lebih banyak negara, dan Malaysia merupakan salah satu pasaran yang disasarkan oleh mereka. SnapDish versi 2.0 juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, yang bakal membawakan beberapa perubahan baru dari segi rekabentuk dan juga fungsi. SnapDish disediakan untuk pengguna Android dan juga iOS.

 
Leave a comment

Posted by on April 18, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s