RSS

Spesifikasi Google Glass Versi Pertama

18 Apr

Google Glass merupakan salah satu teknologi dan peranti yang hangat diperkatakan sejak tahun lepas, dimana beberapa syarikat mengatakan ia merupakan inovasi terhebat tahun 2012. Dengan ramai yang menantikan pelancaran Google Glass pada tahun ini, kini spesifikasi telah pun mula kelihatan melalui fail dokumentasinya. Google Glass dikatakan akan membawakan skrin kaca mata yang menyerupai “paparan skrin HD bersaiz 25-inci pada jarak lapan kaki”. Memandangkan skrin terus dipaparkan pada jarak yang amat dekat dengan mata, maka ia membawakan resolusi gambar kecil, tetapi tetap nampak jelas pada mata. Google Glass juga akan menyertakan kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman video pada kadar 720p, sokongan WiFi, ruangan storan 16GB dan bateri yang mampu bertahan sehingga sehari untuk penggunaan biasa. Google Glass juga dikatakan akan membawakan Bone Conduction Transducer untuk sokongan audio, membolehkan pengguna mendengar bunyi audio dengan lebih jelas, dan tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan seperti headphone dan sebagainya. Spesifikasi yang dikongsikan pihak Google ini adalah untuk versi pertama Google Glass, dimana buat masa ini lebih memfokuskan kepada pembangun. Lebih banyak info dijangka akan dikongsikan oleh pihak Google pada acara Google I/O pada bulan hadapan, dimana ia akan menjadi salah satu topik utama pada acara berkenaan.

 
Leave a comment

Posted by on April 18, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s