RSS

Maxis Menawarkan Norton Mobile Security

20 Apr

Hari demi hari, lebih ramai yang mula menggunakan telefon pintar berasaskan Android, dan pelbagai data mereka tersimpan didalamnya. Untuk memastikan data pengguna dan juga telefon pintar pengguna selamat, Maxis kini menawarkan Norton Mobile Security untuk pengguna mereka. Norton Mobile Security boleh dikatakan salah satu aplikasi sekuriti yang amat berguna untuk pengguna, dimana ia membolehkan anda mengetahui lokasi semasa peranti anda, mematikan dan mengunci peranti, dan juga memadam data-data pada telefon pintar anda yang hilang ataupun dicuri. Secara keseluruhan, Norton Mobile Security membawakan beberapa fungsi, termasuk : 1. Anti-Theft. Sekiranya peranti Android anda hilang atau dicuri, anda boleh melihat lokasi peranti, mematikan peranti ataupun memadamkan data anda daripada peranti tersebut. 2. Scream Locator. Sekiranya anda tersalah letak telefon pintar anda, dengan serta-merta, anda boleh membuatkan peranti anda mengeluarkan bunyi yang kuat dengan hanya menghantar satu SMS khas ke telefon anda. 3. Call & Text Blocker. Sekiranya anda mempunyai nombor telefon yang sering menganggu atau menghantar SPAM, anda boleh menambah pada log, dan nombor tersebut akan dihalang serta-merta. 4. Download & Mobile Threat Protection. Membolehkan data dan peranti anda selamat daripada pelbagai malware, virus dan sebagainya dengan mengimbas pelbagai aplikasi yang telah dimuat-turun. 5. Anti-Phishing Web Protection. Memastikan anda tidak melayari laman web yang berbahaya dan mencuba curi data anda. Bagi para pelanggan Maxis yang berminat, boleh melanggan Norton Mobile Security ini pada harga RM1 seminggu ataupun RM3 sebulan. Untuk memulakannya, pengguna hanya perlu dial *200# kemudian membuat pilihan ketiga, dan seterusnya memilih More Maxis Secure. Sebagai pengenalan, pihak Maxis menawarkan ia secara percuma selama sebulan membolehkan pengguna menguji terlebih dahulu perkhidmatan Norton Mobile Security tersebut. Jadi, yang menggunakan perkhidmatan Maxis, dan ingin mencubanya, boleh mengambil peluang promosi ini dan mencubanya. Layari : Maxis Norton Mobile Security.

 
Leave a comment

Posted by on April 20, 2013 in App, Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s