RSS

Mobile9 Untuk Peranti Mudah-Alih

21 Apr

Ramai yang telah menggunakan telefon pintar pada hari ini dan salah satu bentuk kelainan yang hadir pada peranti seseorang pengguna adalah dari segi gambar latar, bunyi peranti dan sebagainya. Untuk memudahkannya, salah satu aplikasi yang berguna adalah Mobile9. Mobile9 merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai kandungan menarik untuk peranti mereka. Selain aplikasi mudah-alih dan permainan, ia juga turut menyertakan tema latar, nada dering, gambar menarik, video, mesej, logo, dan pelbagai bentuk kandungan lain yang dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih. Mobile9 telah dimulakan pada tahun 2003, dan menyediakan kandungan bukan sahaja untuk peranti Android dan iOS, tetapi juga untuk peranti S40, dan pelbagai platform lain. Aplikasi mereka sedia digunakan lebih 40 juta pengguna seluruh dunia. Secara purata, lebih kurang 170 juta kandungan dimuat-turun setiap bulan, menjadikan Mobile9 sebagai salah satu penyedia kandungan mudah-alih popular dikalangan pengguna. Walaupun Mobile9 adalah syarikat dari Malaysia, namun angka penggunannya adalah paling tinggi di Amerika Syarikat, India dan juga Indonesia. Mobile9 juga baru-baru ini telah menambah sokongan untuk memuat-turun manga dan juga komik melalui aplikasi mereka, dan menambah pelbagai jenis bentuk kandungan baru dari masa ke semasa. Bagi yang berminat dan ingin mendapatkan kandungan percuma untuk peranti mudah-alih anda, boleh ke laman Mobile9. Layari : Mobile9.com

 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s