RSS

Spotify – Penyedia Perkhidmatan Muzik

24 Apr

Spotify dilancarkan untuk membolehkan pengguna tempatan menikmati pelbagai kandungan berbentuk muzik percuma terus pada desktop, ataupun pada langganan bulanan RM14.90 pada peranti mudah-alih. Pengguna boleh mendengar sehingga lebih 20 juta lagu secara percuma, bukan sahaja lagu-lagu antarabangsa, tetapi turut sama menyertakan lagu-lagu tempatan dari dulu hingga sekarang. Namun, untuk versi percuma, ia memaparkan sebuah iklan. Tetapi iklan yang dipaparkan tidak begitu menganggu berbanding pelbagai perkhidmatan lain. Untuk versi berbayar pula, Spotify menawarkan sokongan untuk peranti mudah-alih, membolehkan pengguna mendengar lagu secara online. Lebih kurang 3333 lagu boleh dimainkan dengan sokongan offline bagi memudahkan pengguna menyimpan lagu yang diinginkan pada peranti mereka. Terdapat beberapa kandungan berbentuk audio yang lain pada Spotify, seperti podcast dan juga audiobook, namun masih tidak diberikan fokus sepenuhnya oleh pihak Spotify buat masa ini. Spotify juga, menyertakan sokongan integrasi media sosial. Untuk pendaftaran, pengguna boleh menggunakan akaun Facebook mereka sedia ada. Pihak Spotify turut menyertakan sokongan aplikasi pihak ketiga seperti Pitchfork, Lastfm dan lain-lain. Bagi yang inginkan klien untuk pengurusan lagu-lagu yang diminati mereka, boleh mencuba Spotify ini. Layari dan muat-turun klien Spotify.

 
Leave a comment

Posted by on April 24, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s