BitTorrent sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan BitTorrent Sync dalam bentuk ujian tertutup. Setelah beberapa minggu, kini pihak BitTorrent membuka penggunaan perkhidmatan tersebut kepada semua, sekaligus membolehkan orang ramai mengujinya dan menggunakannya sebelum dilancarkan dalam bentuk stabil. BitTorrent Sync, seperti pada namanya, memfokuskan untuk menyelarikan fail pada pelbagai komputer. Walaupun beberapa perkhidmatan sedia menawarkan sokongan seumpamanya, BitTorrent Sync hadir dengan keunikkan sendiri dimana menggunakan teknologi BitTorrent dalam menjayakannya. Sebaik sahaja anda selesai memasangnya, BitTorrent Sync akan memberikan sebuah kod unik untuk digunakan pada pelbagai peranti anda. Anda juga boleh menjana kod unik khas untuk setiap folder sekaligus memudahkan anda berkongsi folder dengan pengguna lain. Anda memerlukan dua peranti dengan akses internet pada sesuatu masa untuk membolehkan pemindahan dan penyelarian fail dan folder dilakukan. Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun perisian tersebut. Muat-Turun BitTorrent Sync Alpha.
BitTorrent Sync Dalam Bentuk Alpha
26
Apr
Advertisements