RSS

Mengenai HTC One

27 Apr

Pada tahun 2008, HTC mengeluarkan HTC Dream dan ia merupakan peranti Android pertama di dunia. Ia merupakan langkah awal Google sebelum Android menjadi sistem operasi mobil terbesar dunia sekarang. Pada awalnya nama HTC memang sinonim dengan Android. Tetapi sejak kebelakangan ini HTC gagal bersaing dengan pengeluar peranti Android yang lain dan tempatnya diambil alih oleh Samsung. HTC One adalah peranti yang diharap dapat menyelamatkan masa depan syarikat yang berasal dari Taiwan ini. Bagi memastikan One tidak akan mengalami kegagalan seperti One X yang dikeluarkan tahun lalu HTC melakukan beberapa perubahan drastik dari segi rekaan peranti dan antaramuka mereka. One dibina hampir sepenuhnya dengan menggunakan aluminium. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah iPhone dan Blackberry 10. Dari segi fizikal pula butang kuasa terletak dibahagian atas sebelah kiri peranti manakala butang suara pula pada bahagian kanan. Kedua-dua butang ini tidak tersembul keluar bagi memastikan rekabentuk monolitik peranti ini dikekalkan. Butang kuasa One juga berfungsi sebagai pemancar infra merah yang membenarkan anda menggunakannya sebagai sebuah alat kawalan jauh.

Fungsi kawalan alat jauh ini menyokong penggunaan dekoder Astro dan majoriti sistem audio visual berjenama. Keunikan HTC One ialah ia mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan peranti. Kualiti bunyi dari kedua-dua pembesar suara ini sangat baik dan didatangi dengan sokongan Beats Audio. Bunyi yang dihasilkan bukan sahaja jelas tetapi padu.  Pembesar suara ini juga memudahkan panggilan telefon hands free kerana suara pemanggil dipancarkan ke hadapan dan bukannya ke belakang seperti peranti lain. Hasilnya kualiti panggilan yang lebih jelas untuk didengari. Antaramuka Sense direka semula secara menyeluruh. Tiada lagi penggunaan gradient dan animasi 3D yang selama ini sangat sinonim dengan launcher rekaan HTC ini. Hasilnya ialah antaramuka yang lebih minimalistik, kemas dan sedap mata memandang.  Fungsi Skin dan Theme yang membolehkan pengguna mengubah warna dan rupa antaramuka tidak lagi disokong. Pada HTC One hanya terdapat dua butang kawalan kapasitif. Bagi mengakses skrin multi tasking anda harus menekan butang home sebanyak dua kali. Paparan skrin multi tasking mengalami perubahan dimana 9 aplikasi terakhir yang digunakan akan dipaparkan seperti antaramuka sistem operasi Meego.

Jika anda membuka lebih dari 9 aplikasi, aplikasi yang ke 10 tidak akan kelihatan di paparan multi tasking. Kali pertama peranti diaktifkan anda akan dibawa ke skrin Blinkfeed. Blinkfeed membenarkan anda meletakkan kesemua kemasan status laman sosial, kalendar dan laman sesawang di dalam satu aplikasi yang mudah dibaca. Blinkfeed tidak boleh dinyah aktifkan tetapi anda boleh menukar laman home peranti anda ke laman lain sekiranya perlu. Tiada sokongan untuk memasukkan RSS Feed dari laman kegemaran anda secara manual. Pilihan perkhidmatan berita juga terhad kepada media barat.  Penggunaan kamera utama hanya sebesar 4 Megapixel sahaja. Pihak HTC berkata megapixel tidak lagi penting untuk peranti masa hadapan tetapi saiz pixel adalah lebih utama. Oleh itu teknologi UltraPixel digunakan di mana HTC mendakwa sensor mereka dapat menangkap 300% lebih banyak cahaya dari sensor kamera biasa. Hasilnya ialah gambar yang mempunyai imej yang lebih tajam dan berfungsi dengan baik di dalam situasi pencahayaan rendah. HTC One mempunyai saiz pixel sebesar 2 mikron berbanding 1.4 micron pada iPhone5 dan Lumia 920. Secara teorinya gambar yang diambil dari HTC One adalah lebih jelas berbanding peranti lain.

Gambar yang diambil menggunakan HTC One mempunyai warna yang lebih panas dan imej yang lebih tajam. Kamera utama dan hadapan One kedua-duanya menggunakan lensa wide angle. Selain Ultrapixel, HTC One juga didatangi dengan fungsi baru HTC Zoe. Zoe ianya singkatan perkataan Zoetrope yang bermaksud roda kehidupan. Di dalam mod Zoe, gambar yang diambil turut disertakan dengan klip video sepanjang 4 saat. Dua saat sebelum pemetik kamera ditekan dan dua lagi selepas pemetik kamera ditekan. Dari klip video ini suntingan gambar seperti pembuangan objek, gambar berturutan dan suntingan air muka boleh dilakukan. Fungsi suntingan air muka adalah seperti fungsi suntingan muka yang ada pada Samsung Galaxy Note 2. Air muka pada gambar yang diambil boleh diubah dan digantikan dengan air muka berbeza dari klip video empat saat yang diambil. Fungsi gambar berturutan pula membolehkan anda menggabungkan pelbagai gambar aksi menjadi sekeping gambar. Akhir sekali ialah fungsi pembuangan objek di mana elemen pada gambar yang tidak diingini boleh dibuang mengikut kehendak pengguna. Fungsi ini sama seperti fungsi content aware fill yang ada pada perisian Adobe Photoshop.

HTC Zoe juga boleh digunakan bagi menghasilkan klip video pendek sepanjang 30 saat secara automatik. Kesemua gambar dan klip video disimpan di dalam sesebuah folder. Antaramuka galeri gambar juga diberikan penaiktarafan dengan thumbnail yang tidak lagi statik. Sekali imbas dari muka utama galeri anda boleh mengetahui isi kandungan setiap folder yang ada. Fungsi suntingan gambar baru juga ditambah didalam Sense 5. Aplikasi yang dilancarkan pada HTC One hampir secara serta merta manakala bateri HTC One adalah 2300 mAh. Pada penggunaan ringan ia mampu bertahan diantara 18–20 jam sebelum perlu dicas semula. Pada penggunaan berat ia bertahan diantara 8–9 jam sahaja. HTC One ialah peranti Android paling kemas dan cantik yang pernah dilihat. Binaan tubuhnya yang dihasilkan dari sebongkah aluminium menghasilkan kualiti binaan yang jauh lebih praktikal dari plastik ataupun kaca yang sedia ada. Bahagian belakang yang melengkung juga memastikan peranti ini selesa dipegang. Bahagian tepi skrin juga melengkung sedikit bagi memudahkan pengguna melakukan tatalan. HTC One ini akan dijual pada harga pasaran iaitu RM2299 untuk versi 32GB dan juga RM2499 untuk versi 64GB.

 
Leave a comment

Posted by on April 27, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s