RSS

Samsung Galaxy S4

29 Apr

Samsung Galaxy S4 membawakain skrin bersaiz bersaiz 5-inci (4.99-inci) dengan resolusi HD penuh. Ia membawakan beberapa perubahan, seperti kedudukan flash, dan juga kedudukan speaker pada bahagian kerangka belakang. AirView disertakan pada Galaxy S4, membolehkan pengguna melihat sesuatu kandungan seperti Flipboard, emel, dan juga galleri tanpa perlu membuka objek tersebut dan hanya menunjukkan jari ke atasnya untuk seketika sama seperti fungsi AirView di Galaxy Note. Gesture turut sama disertakan yang membolehkan pengguna mengawal peranti tanpa perlu menyentuh peranti tersebut. Fungsi ini hanya disokong pada beberapa aplikasi seperti pelayar web dan juga bahagian galeri. Pengguna hanya perlu gerakan tangan sama ada ke kiri dan ke kanan ataupun dari atas ke bawah, serta sebaliknya. SmartStay terus diberikan penambah-baikkan dalam mengesan mata pengguna dan Samsung turut sama menyertakan sokongan yang dinamakan sebagai SmartPause dimana secara automatik menghentikan sesuatu aplikasi (terutamanya video) apabila pengguna mengalihkan pandangan. S-Health pula disertakan untuk memudahkan pengguna memantau aktiviti mereka untuk kehidupan yang lebih sihat. Sokongan S-Translator turut disertakan untuk membolehkan pengguna mengalih bahasa dari satu bahasa ke bahasa lain. Sokongan kawalan dan carian suara, S-Voice turut sama disertakan yang boleh diakses dengan tap dua kali pada butang fizikal pada bahagian hadapan peranti. Sokongan untuk kawalan ketika memandu turut disertakan melalui aplikasi ini. Samsung Galaxy S4 juga turut sama membawakan sokongan IR-Blaster pada bahagian atas peranti membolehkan pengguna mengawal televisyen dengan menggunakan telefon pintar mereka. Ia mesra dengan pelbagai televisyen keluaran Samsung. Samsung Galaxy S4 menyertakan sokongan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang. Pada aplikasi kamera, Samsung mengubah bentuk paparan mod sama seperti yang terdapat di Galaxy Camera. Salah satu fungsi yang menarik pada bahagian kamera adalah pengguna boleh mengaktifkan kamera pada bahagian belakang dan hadapan serta merakamkan gambar menggunakan kedua-dua kamera pada masa yang sama. Di Malaysia, Samsung Galaxy S4 ditawarkan pada harga RM2199. Pengguna juga boleh mendapatkan ia melalui pakej khas daripada beberapa syarikat telekomunikasi, iaitu daripada Celcom, DiGi, Maxis dan juga UMobile.

 
Leave a comment

Posted by on April 29, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s