RSS

Adeo Ressi Pengasas Founder Institute

14 May

Adeo Ressi merupakan salah seorang penggiat dunia startup dari Amerika Syarikat. Semasa di universiti, beliau telah menerbitkan majalah langganan yang mendapat jumlah pengedaran tertinggi dikalangan pelajar. Perkara ini telah memberikan keyakinan kepadanya untuk menubuhkan satu syarikat dinamakan Total New York sehingga ianya dibeli oleh AOL pada tahun 1995 menjadi AOL Digital Cities. Selepas kejayaan tersebut, beliau menubuhkan banyak syarikat lain sehinggalah pada 2009, Adeo Ressi hadir dengan Founder Institute (FI) yang bertujuan untuk menginstitusikan penggiat startup. Founder Institute merupakan institusi yang membantu seseorang menubuhkan syarikat. Berbeza dengan program inkubator lain dimana kebanyakan peserta telah mempunyai syarikat dan memerlukan pembiayaan atau skim galakan untuk ketahap seterusnya, FI pula memilih mereka yang bermula dari kosong dan peserta akan melalui beberapa sesi tertentu selama beberapa minggu sebelum mereka lulus sebagai graduan institut. Peratusan kejayaan adalah sebanyak 34%-36% dari peserta sebelum menjadi teknokrat IT yang mengagumkan. FI telah bertapak selama 6 minggu di Kuala Lumpur dan menyaksikan peserta yang menyertai program ini mendapat tunjuk ajar dari 25 mentor terunggul dalam dunia Startup tempatan antaranya Ai Ching dari PiktoChart, Azrul Rahim dari Slashes & Dots, Khailee Ng dari SAYS, & Lim Cheng Soon dari Netizens Media. Menurut Adeo Ressi, peserta-peserta dari Kuala Lumpur mempunyai idea yang lebih jelas dan menarik dan tidak meniru idea lain di seluruh dunia. Malahan, sepanjang pengalaman beliau mendengar beribu-ribu idea dan proposal dari seluruh dunia, terdapat beberapa syarikat/peserta di Kuala Lumpur mengetengahkan idea yang tidak pernah beliau dengar dan ia boleh dilakukan. Perkara tersebut sangat mengagumkan beliau. Keunikan FI juga terdapat pada sistem pemantauan dimana sistem tersebut memantau aktiviti peserta didalam syarikat. Kadangkala terdapat kes dimana seorang peserta memberikan komitmen yang jauh lebih tinggi untuk syarikat tersebut berbanding rakan kongsi mereka. Penting untuk para pengasas syarikat memahami kekuatan masing-masing dan memberikan komitmen sama-rata untuk syarikat yang ditubuhkan. Melalui pemantauan ini dapat membantu para pengasas untuk menguatkan hubungan supaya syarikat itu lebih kukuh dan berdaya saing. FI juga bekerjasama dengan MDeC bagi membawakan pakar-pakar teknokrat untuk menggalakkan pertumbuhan dunia startup tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on May 14, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s