RSS

Ghost Mengumpul Dana Melalui KickStarter

18 May

Kami telah berkongsi berkenaan platform penulisan baru sebelum ini yang dinamakan sebagai Ghost. Kini pembangunnya telah melangkah ke fasa seterusnya, dimana mereka mula memasarkan dan mengumpulkan dana melalui KickStarter untuk meneruskan pembangunannya. Ghost hadir daripada sebuah konsep, dan kini dibangunkan sebagai platform penulisan blog dan penerbitan yang mudah digunakan, dan dilesenkan sebagai sumber terbuka. Salah satu perkara yang menarik perhatian adalah kebolehan untuk melihat bagaimana ia diterbitkan di web dalam bentuk masa-nyata. Pengguna juga boleh mengintegrasikan ia dengan tema laman mereka untuk dipertontonkan kepada yang lain. Selain itu, Ghost juga didatangkan dengan sebuah dashboard yang menarik bagi memudahkan anda mengikuti pelbagai data semasa. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mereka akan memperkenalkan ia pada tahun ini untuk kegunaan umum. Selain hanya menyediakan platform tersebut, pihak mereka juga menyediakan perkhidmatan hosting sama seperti WordPress.com dan Blogger. Layari : Ghost pada KickStarter

 
Leave a comment

Posted by on May 18, 2013 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s