RSS

Fungsi Baru Windows 8.1

03 Jun

Microsoft hari ini secara rasminya memperkenalkan sistem operasi versi terkini iaitu Windows 8.1, dimana penambah-baikkan dan beberapa aplikasi baru telah disertakan dan kembalinya butang Start ke desktop. Windows 8.1 membawa lebih banyak fungsi dimana anda boleh mengubah suai paparan mengikut citarasa anda. Pada Windows 8.1, pihak Microsoft mengintegrasikan hasil carian Bing secara auto. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat carian sesuatu aplikasi, ia akan memaparkan fail dan aplikasi daripada komputer anda dan ia juga akan turut memberikan cadangan carian daripada web. Pengguna juga boleh menyimpan fail terus ke SkyDrive dan boleh diakses walaupun secara offline pada bila-bila masa. Pelayar web juga telah dinaik-taraf ke Internet Explorer 11. Windows 8.1 mempunyai aplikasi tersendiri seperti Photos, Mail, SkyDrive, Camera dan sebagainya. Pengguna turut sama boleh snap aplikasi dengan membahagikan skrin kepada dua bahagian yang sama besar. Pengguna boleh memuat-turun aplikasi daripada Window Store dan ia tidak lagi terus ditambah ke bahagian skrin Start, sebaliknya ditambah pada bahagian aplikasi bagi membolehkan anda menguruskan skrin Start dengan lebih baik. Microsoft telah membawakan beberapa aplikasi tambahan seperti Reading List, Calculator, Alarms, dan beberpa yang lain.  Microsoft akan menawarkan muat-turun Windows 8.1 pada penghujung Jun dalam bentuk beta terlebih dahulu.

 
Leave a comment

Posted by on June 3, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s