RSS

5 Minit Bersama Google Glass

05 Jun

Google Glass, adalah salah satu peranti yang dinanti-nantikan oleh pengemar teknologi seluruh dunia dengan “smartwatch” yang kini kerap dibincangkan. Peranti-peranti tersebut bertujuan untuk mengelakkan seseorang daripada hanya menumpukan perhatian kepada skrin peranti telefon pintar atau tablet mereka sepanjang masa. Tabiat yang kurang menyenangkan ini sering menjadi masalah terutama semasa di meja makan dan majlis-majlis rasmi. Selepas itu boleh dikatakan informasi bukan lagi sahaja di hujung jari, tetapi sebaliknya kini hanya di depan mata. Setiap carian dilakukan menggunakan arahan suara. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menyebut, “Okay, Glass”, membolehkan ia mengambil gambar, merekod video, membuat carian ataupun meminta arahan navigasi ke sesuatu tempat. Google Navigation adalah antara aplikasi terbaik didalam Glass. Ianya ibarat mempunyai “Heads Up Display (HUD)” atau sebuah skrin yang terus berada di hadapan anda yang menunjuk jalan ke destinansi yang dikehendaki. Glass membolehkan sesorang menumpukan perhatian mereka terus kehadapan, lantas boleh mengurangkan risiko pengguna terbabit didalam kemalangan. Glass dibina dengan kerangka besi titanium dan plastik polikarbonat. Bahan-bahan binaan tersebut membuat Glass mempunyai bingkai kaca mata yang berkualiti tinggi. Kualiti skrin LCD yang terletak di dalam Glass adalah sangat baik. Disebelah kanan Glass terdapat sebuah bar atau jalur. Jalur ini berfungsi sebagai “trackpad”, sepeti yang ada pada laptop. Ia berfungsi untuk berinteraksi dengan antaramuka (user interface) Glass. Dibelakang “trackpad” tersebut terdapat speaker konduksi tulang (Bone Conduction). Kualiti suara agak rendah, terutama di kawasan yang hingar-bingar yang akan ditambah-baik oleh Google pada masa akan datang. Walaupun ianya hanya sebuah peranti pencubaan buat masa ini, potensi Glass sebagai peranti aksesori terserlah. Google Glass adalah satu langkah besar bagi peranti boleh-pakai, tetap ianya mungkin terlalu drastik bagi sesetengah individu ataupun organisasi dalam masyarakat.

 
Leave a comment

Posted by on June 5, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s