RSS

Apple Menyediakan Halaman Khas Versi iOS

25 Jun

Google telah menyediakan sebuah halaman khas untuk pembangun Android untuk mengetahui angka taburan semasa penggunaan sistem operasi Android. Kini, pihak Apple turut mengikuti Google dengan memperlihatkan angka penggunaan peranti dengan platform iOS. Sebanyak 93% pengguna sediaada menggunakan versi terkini iOS, sementara Android 4.2.2 Jelly Bean yang masih lagi jauh ketinggalan berbanding iOS terkini. Memandangkan Apple membangunkan sendiri peranti dan sistem operasi mereka, maka sebaik sahaja sesuatu versi tersedia, mereka terus mengeluarkan kemaskini kepada semua pengguna mereka. Mereka juga dengan mudah dapat mengoptimasikan sesuatu fungsi untuk sesuatu peranti. Selain itu, Apple juga tidak memperkenalkan beberapa perkara pada peranti yang telah diperkenalkan untuk beberapa tahun. Buat masa ini, mereka sedang dalam proses membangunkan iOS 7, dimana versi betanya telah sedia digunakan oleh ramai pembangun seluruh dunia. Melalui iOS 7, pihak Apple membawakan perubahan dari segi antaramuka, disamping turut menyertakan beberapa fungsi yang dinantikan ramai, seperti Control Center dan beberapa yang lain. Apple juga turut yakin angka penggunaan iOS 7 akan terus meningkat dengan mendadak, sebaik sahaja versi iOS 7 diperkenalkan kepada umum kelak.

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2013 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s