RSS

Ikuti Status Semasa Jerebu Pada Peranti Anda

25 Jun

Dengan keadaan jerebu yang semakin merosot dari hari ke hari, salah satu perkara yang sering dicari oleh pengguna tempatan adalah berkenaan dengan status API (Indeks Pencemaran Udara) semasa. Untuk memudahkannya terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan. 1. PSI Malaysia.  Aplikasi ini menawarkan data statistik indeks semasa untuk beberapa lokasi utama di sekitar Malaysia. Aplikasi ini menggunakan data daripada laman web NRE, dimana dikemaskini tiga kali sehari, iaitu pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan juga 5 petang. Muat-Turun PSI Malaysia. 2. Asia Air Quality. Bagi mereka yang tidak meminati bentuk aplikasi, dan inginkan widget untuk memaparkannya terus pada skrin peranti anda. Aplikasi ini agak berguna. Pengguna hanya perlu menetapkan lokasi, dan ia akan dikemaskini mengikut data daripada laman AQICN. Turut ditandakan dengan warna untuk memudahkan pengguna mengetahui keadaan samaada teruk ataupun sebaliknya. Muat-Turun Asia Air Quality. Selain kedua-dua ini, terdapat beberapa aplikasi lain untuk Android yang memfokuskan kepada jerebu, tetapi tidak kesemuanya menawarkan data untuk pengguna tempatan. Selain daripada aplikasi Android, terdapat juga beberapa aplikasi pada iOS yang menawarkan sokongan untuk melihat indeks pencemaran udara, dan mengikuti perkembangannya dengan mudah melalui peranti anda. Salah satu aplikasi iOS yang menarik adalah Malaysia Air Pollutant Index (MAPI). 1. Malaysia Air Pollutant Index. Mengambil data daripada laman Jabatan Alam Sekitar, dimana pengguna boleh mengetahui indeks pencemaran udara semasa mengikut lokasi, disamping melihat laporan mengikut tarikh yang ditetapkan pengguna. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan semasa indeks pencemaran udara, kesemua aplikasi ini berguna untuk anda. Muat-Turun Malaysia Air Pollutant Index.

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s