RSS

Plate Culture Aplikasi Promosi Makanan

25 Jun

Mungkin ramai mengenali perkhidmatan seperti iBilik dan AirBNB yang menawarkan kemudahan maklumat penyewaaan bilik kosong ataupun rumah kepada para pengguna mahupun pelancong. Bagaimana pula sekiranya konsep yang serupa diperkenalkan pada makanan ? Plate Culture mengambil konsep tersebut, membolehkan pengguna menawarkan makanan yang dimasak kepada yang lain pada suatu harga yang telah ditetapkan. Aplikasi ini sesuai digunakan pada suri rumah dan sebagainya untuk menjana pendapatan dan pada masa yang sama membolehkan mereka yang inginkan masakan dengan suasana makan dirumah untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Menggunakan Plate Culture, pengguna boleh menyenaraikan masakan mereka, dan menerima tempahan daripada mereka yang inginkannya. Selain itu, bagi para pelancong, mereka boleh menetapkan bila mereka ingin ke sesuatu lokasi, dan memilih jenis masakan yang digemari mereka. Plate Culture juga memberikan pengalaman makan yang lebih peribadi dibandingkan dengan makan di kedai makan atau restoran di luar. Bagi yang ingin mencubanya, boleh ke laman Plate Culture hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s