RSS

4SQ – Pengguna Boleh “Check-In” Rakan

04 Jul

Sebelum ini, pihak FourSquare menawarkan kebolehan untuk pengguna tag dan mention rakan mereka ketika check-in di sesuatu lokasi. Kini, mereka menambah satu lagi fungsi menarik pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna untuk check-in akan rakan mereka di sesuatu lokasi yang sama. Daripada apa yang diperlihatkan, ketika mendaftar masuk sesuatu lokasi, pengguna boleh memilih pilihan “Im with..”, dan seterusnya menambah rakan-rakan sedia ada anda daripada FourSquare. Seterusnya sebuah notifikasi akan dihantar kepada rakan anda meminta kebenaran untuknya, dan seterusnya sekiranya mereka memberikan kebenaran, maka ia akan check-in untuk mereka pada waktu yang sama. Untuk fungsi baru ini, sebaik sahaja kebenaran diberikan untuk pertama kali, tiada lagi notifikasi akan dipaparkan pada masa akan datang. Namun, seperti biasa, seseorang pengguna boleh memadamkan check-in yang dilakukan dengan hanya satu tap. Pengenalan fungsi ini juga menambah kadar pengguna aktif yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Boleh dikatakan akhir-akhir ini pengguna yang aktif menggunakan 4SQ semakin berkurangan, dan dengan pengenalan ini, mereka akan aktif menggunakan 4SQ. Untuk melihat fungsi ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi FourSquare untuk iOS dan juga Android dan terus boleh digunakan semasa check-in.

 
Leave a comment

Posted by on July 4, 2013 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s