RSS

Sony Xperia Z Ultra

04 Jul

Selasa lalu Sony memperkenalkan phablet pertama mereka yang dinamakan Sony Xperia Z Ultra. Ianya sebuah peranti skrin sebesar 6.4” HD Penuh dengan dilengkapi pemproses 2.2 GHZ empat teras Snapdragon 800, RAM sebesar 2 GB, storan dalaman 16GB, kamera 8 Megapixel dan ketahanan air IP 58. Xperia Z Ultra bolehlah dianggap sebagai jawapan Sony kepada Samsung Galaxy Note yang kini mengungguli pasaran phablet dunia. Tiada perubahan drastik dilakukan Sony pada rekaan Xperia Z Ultra, Ia masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Xperia Z, ZL dan Xperia Tablet Z. Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan peranti. Slot mikro-USB masih lagi terletak di bahagian kiri-atas peranti dan begitu juga sambungan dock pengecasan. Slot SIM dan mikro-SD kini diletakkan pada bahagian kanan di bawah satu pintu kalis air. Pada peranti sebelum ini setiap slot mempunyai pintu kalis airnya yang sendiri. Jack fon kepala pula dibiarkan terbuka dan juga terletak pada bahagian kanan peranti. Dengan ketebalan hanya 6.4 mm, Z Ultra adalah lebih nipis dari Xperia Z. Walaupun saiz Z Ultra adalah agak besar, namun ianya masih selesa dipegang. Bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan, Sony menyediakan fungsi one-handed pada skrin tetapan phablet ini. Skrin 1080p 6.4-inci pada Z Ultra nampak jauh lebih terang dengan penghasilan warna yang lebih hidup berbanding Xperia Z. Untuk pertama kalinya Sony menggunakan teknologi Triluminos yang sebelum ini digunakan pada televisyen LED mereka. Masalah warna yang sedikit kusam pada Xperia Z sebelum ini berjaya diatasi dengan penggunaannya. Skrin Ultra juga berbeza kerana anda tidak perlu membeli stylus khas untuk melakar dan menulis di atasnya. Anda boleh meggunakan mana-mana pensel dan pen biasa sebagai stylus asalkan ianya mampu mengalirkan elektrik. Antaramuka peranti ini juga membawakan beberapa fungsi baru. Pada skrin tetapan terdapat pilihan “personalisation” yang membolehkan anda meletakkan seberapa banyak pintasan pada talam notifikasi. Sebelum ini pengguna peranti Xperia dihadkan kepada 5 pilihan iaitu kawalan bunyi, Bluetooth, Wifi, data dan menu tetapan. Fungsi ini boleh dikatakan sama seperti yang ada pada antaramuka Touchwiz Samsung Galaxy S4. Z Ultra hanya dilengkapi kamera sebesar 8 Megapixel tanpa flash pada bahagian belakang dan 2 Megapixel pada bahagian hadapan. Menurut Sony, Z Ultra direka sebagai sebuah peranti pemain media. Kamera yang bersaiz besar dan flash dirasakan bukan keutamaan untuk pengguna Xperia Z Ultra. Oleh sebab ini butang kamera khas yang ada pada Xperia ZL juga tidak diletakkan pada Z Ultra. Menurut Sony butang kamera khas tidak disertakan kerana mahu mengekalkan kenipisan Ultra. Gambar pada ratio 16:9 hanya boleh diambil pada resolusi maksimum 5 megapixel. Sony menawarkan perkhidmatan Sony Movies Unlimited, Music Unlimited dan PlayStation Mobile pada Z Ultra.

 
Leave a comment

Posted by on July 4, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s