RSS

Peraturan Peniaga Dalam-Talian

04 Jul

Bermula esok, 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa adalah Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan pengguna membuat pembelian secara online dengan lebih terlindung berbanding sebelum ini. Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Ia bukan sahaja melibatkan penjual yang mempunyai laman sendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini. Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah. Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk : Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.

2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat. 3. Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian. 4. Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu. 5. Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain. 6. Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli. Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun. Dengan penguat-kuasaan undang-undang dan peraturan baru ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secara online. Mereka tidak perlu bimbang mengenai seseorang penjual, dan boleh mengetahui data dan info berkenaan dengan seseorang penjual dengan mudah terus melalui laman jualan.

Setiap perniagaan komersial tertakluk kepada cukai, dan tidak terkecuali adalah transaksi online. Selain pengumuman untuk menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, kelihatan pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut sama menyediakan sebuah panduan yang memberikan idea berkenaan bagaimanakah dan siapakah yang akan tertakluk untuk cukai dalam perniagaan elektronik. Dengan panduan yang disediakan pihak LHDN ini, ia akan memudahkan penjual untuk mengetahui apakah yang tertakluk kepada pencukaian dan sebaliknya. Perkara ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam memastikan pengguna dan pembeli tidak ditipu dengan mudah melalui laman-laman jualan yang terdapat dengan banyak di arena internet pada hari ini. Ia juga akan membolehkan pengguna mengetahui sepenuhnya, termasuk kos yang akan perlu dibayar oleh mereka dan masa yang akan diperlukan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan tiba pada mereka. Berkaitan dengan cukai, seperti biasa setiap perniagaan tertakluk kepadanya, dan tidak terkecuali adalah perniagaan berasaskan internet.

 
Leave a comment

Posted by on July 4, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s