RSS

Sistem Operasi Alternatif

09 Jul

Di pasaran pada hari ini, nama Android dan iOS memang sangat gah. Namun, dengan dunia peranti mudah-alih yang semakin berkembang, ia turut membuat ramai pembangun hadir dengan platform operasi alternatif. Untuk tahun 2013 ini, beberapa platform operasi alternatif mula menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia, termasuk :- 1. Ubuntu Touch. Dibangunkan oleh pihak Canonical yang boleh dikatakan menjadi pilihan power user, memandangkan elemen Linux yang dibawakan olehnya membolehkan pengguna mengubah pelbagai perkara yang diinginkan. Dari segi aplikasi pula, menawarkan sokongan aplikasi natif dan aplikasi berasaskan HTML5. Mengikut jadual pembangunannya, sistem operasi Ubuntu Touch ini akan hadir pada Oktober atau November 2013 ini. Dan bagi yang ingin menggunakannya, boleh mendapatkan fail pemasangan untuk Nexus 4 dan juga Nexus 7 yang disediakan oleh pihak Ubuntu. 2. Sailfish OS. Dibangunkan oleh Jolla, evolusi untuk platform operasi MeeGo yang telah digunakan pada Nokia N9. Sailfish OS berasaskan gesture dan menyertakan heptic feedback pada peranti untuk pengalaman penggunaan telefon pintar yang lebih baik. Dari segi aplikasi, menyokong beberapa bahasa pengaturcaraan dan boleh menjalankan fail APK dari Android.  3. Firefox OS. Dibangunkan oleh pihak Mozilla yang memfokuskan kepada platform berasaskan HTML5, bagi membolehkan pengguna pin sesuatu laman web dalam bentuk aplikasi pada skrin utama peranti mereka. Disasarkan untuk peranti berspesifikasi rendah dan negara-negara membangun. Buat masa ini, pelbagai pengeluar telah menyatakan sokongan untuk mengeluarkan telefon berasaskan Firefox OS ini, termasuk pihak ZTE, Alcatel, Huawei dan LG. 4. Tizen. Telah lama menerima sokongan daripada beberapa nama besar, termasuk Intel, Samsung, Linux Foundation dan banyak lagi. Namun, sehingga kini, ia masih tidak dipasarkan secara meluas dan hanya satu peranti sahaja diumumkan buat masa ini iaitu di Jepun sahaja. Tizen mengekalkan ciri-ciri sumber terbuka dan turut dioptimasikan untuk pelbagai saiz peranti dan komputer riba. Dari segi aplikasi, Tizen menawarkan sokongan aplikasi natif dan juga aplikasi berasaskan HTML5. Dengan hadirnya beberapa sistem operasi alternatif ini, ia memberikan lebih pilihan kepada pengguna. Namun, salah satu perkara yang akan menjadi persoalan utama pengguna adalah berkenaan aplikasi. Beberapa pengeluar telah mengambil langkah menyokong aplikasi berasaskan HTML5. Buat masa ini, Firefox OS dan juga Tizen menerima sokongan ramai pengeluar dan syarikat telekomunikasi, namun daripada permintaan pengguna, kelihatan lebih ramai ingin mencuba Sailfish dan juga Ubuntu Touch.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2013 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s