RSS

Aspire Z3 AIO Dan Aspire S7

12 Jul

Acer Malaysia mengumumkan dua model komputer terbaru mereka iaitu komputer All-in-One Acer Aspire Z3, dan juga kemaskini kepada Ultrabook mereka iaitu Aspire S7. Acer Aspire Z3 merupakan komputer semua-dalam-satu daripada pihak Acer, dimana menyertakan skrin bersaiz 23-inci dengan sokongan sentuh. Salah satu kelebihan pada skrin ini adalah didatangkan dengan paparan HD penuh, membuatkan paparan gambar pada komputer Aspire Z3 ini lebih jelas dan cantik berbanding kebanyakkan komputer AIO yang lain. Pada masa yang sama, Aspire Z3 turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i3, memori 4GB RAM dan ruangan storan terbina 1TB. Sebuah kamera 1MP turut disertakan pada bahagian hadapan, membolehkan pengguna membuat panggilan video dan sebagainya. komputer AIO ini mempunyai sokongan speaker Harman Kardon. Bagi komputer Ultrabook pula iaitu Aspire S7, hadir dengan beberapa spesifikasi baru, termasuk penggunaan cip Intel Haswell yang membawakan sokongan penggunaan bateri yang lebih lama disamping menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik. Acer Aspire Z3 dijual pada harga RM2699 untuk pasaran tempatan, manakala untuk Acer Aspire S7 (versi Haswell), dijangka akan memasuki pasaran tempatan menjelang pertengahan Ogos. Harga jualannya tidak diketahui buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2013 in Computer

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s