RSS

Laptop VAIO Duo, Fit & Pro

12 Jul

Sony Malaysia telah melancarkan siri terbaru laptop VAIO iaitu VAIO Fit dengan dua variasi iaitu Fit dan Fit-E serta VAIO Duo yang merupakan model laptop convertible dan juga VAIO Pro, ultrabook dengan ketahanan bateri paling lama dalam kelasnya. Model VAIO Fit merupakan model yang memfokuskan kepada pengguna awam yang membawakan fungsi laptop asas termasuklah mempunyai pemacu cakera padat berbanding VAIO Duo & VAIO Pro. Kesemua VAIO Fit E didatangkan dengan paparan 14 inci 1366 x 768 dan versi Fit didatangkan dengan skrin beresolusi 1600 x 900 pixel. Menyertakan Windows 8 64 Bit dan juga kamera ‘Exmor R for PC’. Kesemua laptop siri VAIO Fit seberat 2.2kg. Harga VAIO Fit E berbeza mengikut 4 variasi bermula RM 1599 sehingga RM 2699. Harga VAIO Fit pula mempunyai 2 variasi spesifikasi bermula RM 3299 dan RM 3999 dengan perbezaan pada cip pempropsesan. Versi VAIO FIt juga mempunyai sokongan NFC. Model VAIO Duo merupakan laptop convertible mempunyai spesifikasi Intel Core i5 1.60Ghz, 4GB LPDDR3, kapasiti storan 128GB SSD, dengan skrin sentuh bersaiz 13.3 inci dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080, kamera Exmor R for PC untuk tujuan panggilan video dan juga kamera Exmor RS for PC yang mempunyai sensor pengimejan sebesar 8 MP. Laptop ini juga membawakan bentuk yang mempunyai mod tablet dan juga mod desktop dan dijual pada harga RM 4999. Model VAIO Pro mempunyai 3 variasi dengan spesifikasi utamanya Intel Core i5 1.6Ghz dan versi tertinggi membawakan Intel Core i7 1.8Ghz. Antara spesifikasi lain termasuk RAM 4GB DDR3, kapasiti storan 128 GB SSD dan versi tertinggi mempunyai 256 GB SSD. Kesemua model membawakan skrin beresolusi 1920 x 1080 piksel dan bersaiz 11 inci dan juga 13 inci. Kesemua laptop VAIO Pro seberat hampir 1kg dan dijual pada harga bermula RM 3599 sehingga RM 4999.

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2013 in Computer

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s