RSS

Dell Vostro 5460 Dengan OS Ubuntu

15 Jul

Terdapat pelbagai komputer riba di pasaran hadir dengan OS Windows, tetapi yang menjalankan OS Ubuntu masih terhad. Salah satunya adalah Dell Vostro 5460, dengan didatangkan Ubuntu 12.04 LTS. Dell Vostro 5460 ditawarkan dalam beberapa variasi, tetapi untuk versi Ubuntu Linux, hadir dengan pilihan Intel Core i3 dan juga Intel Core i5. Perbezaan antara Intel Core i3 dan juga Intel Core i5 adalah dari segi penggunaan kad grafik, dimana versi Intel Core i3 hadir dengan Intel HD Graphics, sementara Intel Core i5 pula hadir dengan sokongan grafik NVIDIA GeForce GT630M 2GB DDR3. Komputer riba ini menyertakan memori sebanyak 2GB DDR3 RAM, kamera hadapan 1.0-megapixel, ruangan storan 500GB, bateri Lithium Ion 3-sel, ruangan untuk HDMI, USB 3.0, pembaca kad terbina, sokongan WiFi, dan juga ethernet. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 14-inci dengan paparan 1366×768 pixel. Versi Intel Core i3 dijual pada harga RM1549 manakala versi Intel Core i5 pula dijual pada harga RM1899. Dell Vostro 5460 menyertakan sokongan papan kekunci & TouchPad yang amat baik, dan lebih kurang sama dengan pelbagai komputer riba di pasaran pada hari ini. Pada versi Ubuntu, pengguna dikehendaki menggunakan tap dua jari untuk mengakses menu klik-kanan. Sokongan papan kekuncinya juga amat selesa untuk digunakan. Resolusi paparan yang dibawakan adalah 1366×768 pixel.

 
Leave a comment

Posted by on July 15, 2013 in Computer, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s