RSS

HTC Butterfly S

15 Jul

HTC Butterfly S masih mengekalkan rekabentuk dan binaan lebih kurang sama seperti peranti asal mereka. Pada bahagian kanan menyertakan butang kawalan suara. Pada bahagian bawah pula, membawakan ruangan pengecasan mikro-USB yang tidak berpenutup, dan pada bahagian atas menyertakan ruangan audio jack, butang kuasa yang diintegrasikan dengan sokongan IR, dan juga ruangan untuk mikro-SD serta kad-SIM. Menyertakan kamera belakang dengan sokongan HTC Ultrapixel, manakala pada bahagian hadapan pula menyertakan kamera dengan sokongan rakaman wide-angle. Pada bahagian hadapan, masih mengekalkan tiga butang untuk kawalan serta mempunyai dwi-speaker untuk kualiti bunyi yang lebih baik. Mempunyai kapasiti bateri bersaiz 3200mAh. HTC Butterfly S dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean dengan dilengkapi antaramuka HTC Sense 5. Turut ditawarkan dengan sokongan HTC Blinkfeed, membolehkan pengguna mengikuti perkembangan daripada pelbagai laman-laman kegemaran pada skrin utama. Sokongan lain adalah sokongan HTC Zoe, membolehkan pengguna merakam gambar dan video dalam bentuk menarik. Ia juga boleh digunakan dalam membuat penyuntingan gambar, termasuk membuang objek-objek yang tidak diingini terus daripadanya. Pengguna juga boleh menambah widget pada lockscreen, disamping turut boleh mengakses dengan lebih pantas ke beberapa tetapan daripada panel notifikasi. Untuk fungsi-fungsi baru pula, HTC Butterfly S menyertakan sokongan NFC, membolehkan pengguna menghantar dan menerima fail dengan mudah. HTC Butterfly S turut mengintegrasikan sokongan Infrared, membolehkan pengguna mengawal televisyen menggunakannya. HTC mengatakan versi antarabangsa akan hadir dengan sokongan 3G, manakala versi 4G LTE akan hadir untuk beberapa pasaran terpilih sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on July 15, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s