RSS

Tips Niaga : URL Ringkas Untuk Produk

15 Jul

Dengan kemunculan Twitter sejak tahun 2006 telah merevolusikan banyak perkara, antaranya perkhidmatan peringkasan URL / alamat laman web. Oleh kerana Twitter hanya mampu memuatkan 140 aksara, ianya sukar untuk memasukkan alamat laman web yang panjang. Namun begitu dengan penggunaan peringkasan URL yang terbina pada twitter sekarang, ia hanya mengambil 22 aksara sahaja dan perkara ini sangat menjimatkan. Sekiranya anda sedar terdapat banyak perkhidmatan peringkasan URL. Sekiranya anda pengguna Twitter sudah pasti biasa dengan alamat seperti t.co, goo.gl, 4sq.com, tl.gd dan juga bit.ly. Khidmat peringkasan URL ini membolehkan anda meringkaskan URL bagi memudahkan anda berkongsi URL dengan kepada rakan-rakan anda. Bayangkan sekiranya anda terpaksa menulis alamat laman web yang panjang, sudah tentu ia menjadi masalah. Sekiranya anda merupakan golongan yang menjual produk di Facebook atau di Blogspot, anda boleh bayangkan bagaimana mahu berkongsi produk anda dengan orang lain sekiranya URL sangat panjang. Ini bukan sesuatu perkara yang menyenangkan pengguna. Sebagai contoh, saya memilih Bit.ly kerana kebolehannya untuk meletakkan nama khusus. Saya telah meletakkan ‘bit.ly/peniagaonline’ dan sekiranya saya memberikan ceramah berkaitan bisnes online, mudah untuk saya menyebut alamat URL tersebut. Selain dari itu, bit.ly juga membolehkan pengguna melihat statistik asas URL yang telah diringkaskan.

 
Leave a comment

Posted by on July 15, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s