RSS

Google Mengumumkan Android 4.3

25 Jul

Selain pengumuman mengenai Nexus 7 terbaru, pihak Google turut mengumumkan mengenai sistem operasi terbaru mereka, iaitu Android 4.3 Jelly Bean. Ia menyertakan beberapa kemaskini kecil berbanding versi sebelumnya. Pada Android 4.2, pihak Google telah memperkenalkan sokongan multi-user, dan pada Android 4.3 ini mereka menambah baik sokongan tersebut dengan fungsi restricted content, membolehkan pemilik mengawal aplikasi dan kandungan yang dibenarkan untuk sesuatu pengguna. Perkara ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan ingin mengawal kandungan yang dipaparkan kepada mereka. Disamping itu, fungsi ini juga membolehkan pelbagai aplikasi turut hadir dengan fungsi yang terhad, dimana paparan pembelian dalam aplikasi boleh dimatikan, sekaligus mengelakkan pembelian dilakukan oleh mereka yang tidak dibenarkan. Selain itu, pihak Google turut menambah baik sokongan Bluetooth dan juga OpenGL ES 3.0. Perkara ini membolehkan pengguna menggunakan peranti dengan lebih baik, serta penggunaan OpenGL untuk membawakan sokongan grafik yang lebih jelas dan cantik. Beberapa fungsi lain turut disertakan termasuk sokongan kawalan WiFi dan sebagainya. Kemaskini Android 4.3 akan diperkenalkan untuk pengguna peranti Nexus dan Google Edition (HTC One dan juga Samsung Galaxy S4) tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on July 25, 2013 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s