RSS

MDeC Merasmikan Program ICON 3

25 Jul

Multimedia Development Corporation (MDeC) telah pun secara rasminya melancarkan program ICON3 yang telah dimulakan sejak tahun 2009 lagi. Program ICON daripada MDeC ini memfokuskan kepada pembangun tempatan untuk hadir dengan aplikasi-aplikasi sendiri. Ia menyaksikan lebih 307 aplikasi telah dibangunkan sejak daripada 2011, dimana terdiri daripada aplikasi berbayar dan juga percuma. Seramai 278 pembangun dilaporkan telah dilatih dibawah program ini untuk platform iOS, Android dan juga BlackBerry. Pada masa yang sama, aplikasi yang dibangunkan untuk Windows Phone dan juga Windows 8 turut meningkat dari hari ke hari. Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pembangun aplikasi tempatan disamping membantu syarikat tempatan yang mempunyai idea membangunkan aplikasi. Pengarah program ini, Tan Tze Meng berkata, mereka mencari 400+ pembangun aplikasi untuk ICONapps, dan sebanyak 20+ syarikat dicari untuk program ICONdap. Program ICON3 ini juga menyaksikan banyak rakan kerjasama antara MDeC dengan pihak swasta yang lain seperti Nokia Malaysia, Celcom, DiGi, UTM, UMK dan banyak lagi untuk menyokong keseluruhan program ini. Pendaftaran untuk program ICON3 ini bakal dimulakan pada 1 September kelak.

 
Leave a comment

Posted by on July 25, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s