RSS

Nokia Lumia 925

25 Jul

Nokia Lumia 925 boleh dikatakan sebagai kemaskini kepada keluarga Lumia 920 sebelum ini, dimana membawakan peningkatan pada spesifikasi, selain menyertakan fungsi-fungsi baru melalui Windows Phone, selain kualiti binaan yang berbeza. Lumia 925 membawakan rekaan berasaskan metal, yang sedikit nipis dan juga lebih ringan. Lumia 925 lebih selesa untuk dipegang dan dikendalikan pada tangan. Lumia 925 sedia hadir dengan kemaskini Amber daripada Nokia, dimana ia menyertakan beberapa fungsi khas. Salah satunya adalah sokongan tap dua kali pada skrin untuk menghidupkan peranti. Lumia 925 menyertakan kamera 8.7-megapixel yang didatangkan dengan sokongan penstabilan imej optikal (OIS). Kamera hadapan 1.2-megapixel turut disertakan untuk membolehkan pengguna membuat panggilan video. Untuk menambah baik sokongan kamera, Nokia turut menyertakan sebuah aplikasi khas dinamakan sebagai Nokia Smart Camera. Melaluinya, ia merakamkan sehingga 10 gambar pada satu klik, dan seterusnya pengguna boleh membuat perubahan dengan memilih rakaman terbaik, menyuntingnya menjadi Action Shot dan beberapa perkara lain. HERE Maps disertakan dan turut didatangkan dengan sokongan offline bagi merancang perjalanan mereka dengan lebih baik. Untuk tujuan pengecasan tanpa wayar, pengguna perlu mendapatkan aksesori berasingan – kerangka luar khas – dimana akan dijual secara berasingan untuk peranti ini. Di Malaysia, Lumia 925 akan dijual pada harga RM1799 dan akan ditawarkan dalam warna putih, kelabu dan juga hitam.

 
Leave a comment

Posted by on July 25, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s