RSS

Huawei Ascend P6

29 Jul

Pernah suatu ketika dahulu pengeluar telefon pintar seluruh dunia mempunyai obsesi untuk menghasilkan peranti paling nipis di dunia. Kegilaan terhadap kenipisan ini tidak lagi menjadi keutamaan pengguna. Kini apa yang lebih relevan ialah ketahanan bateri dan aplikasi apa yang boleh digunakan pada peranti tersebut. Tetapi bagi Huawei kenipisan sesebuah peranti masih lagi penting. Oleh itu mereka telah mengeluarkan Huawei Ascend P6 yang kini memegang rekod telefon pintar paling nipis di dunia dengan ketebalan hanya 6.18 milimeter sahaja. Sekali pandang Huawei Ascend P6 kelihatan seperti sebuah iPhone. Rekaan kemasan tepi dan bentuknya memang menyerupai telefon pintar keluaran Apple. Perbezaan hanya ketiadaan butang fizikal pada bahagian hadapaan dan bahagian bawah yang melengkung.  Butang kuasa dan butang suara terletak pada bahagian kanan peranti. Kedua-dua butang selesa untuk dipegang dan mudah untuk ditekan apabila digunakan. Pada bahagian kanan juga diletakkan slot untuk SIM Mikro dan slot kad SD. Muatan dalaman hanya 8 Gigabyte tetapi menyokong penambahan muatan dengan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Pada bahagian kiri peranti pula terdapat jack fon kepala dengan ditutup sebuah plag penyumbat besi, selain berfungsi sebagai pin membuka slot SIM Mikro dan kad SD. Pada bahagian atas pula terdapat slot MikroUSB untuk pengecasan dan pemindahan data ke dalam komputer. Kamera bahagian belakang ialah 8 Megapixel dengan flash (F 2.0) manakala kamera pada bahagian hadapan pula ialah 5 Megapixel. Terdapat 3 pilhan warna iaitu putih, hitam dan merah jambu. Buat masa ini hanya peranti bewarna hitam dan putih boleh dimiliki di Malaysia kerana versi bewarna merah hanya akan tiba di pasaran pada bulan Ogos. Huawei tidak meletakkan skrin HD Penuh pada skrin 4.7 inci Ascend P6. Resolusi skrin LCD ini hanyalah 720 x 1280 pixel. Antaramuka yang digunakan oleh Huawei diberi nama Emotion UI dan kini di dalam versi 1.6. Emotion UI mempunyai fungsi menarik seperti penukaran tema antaramuka dengan mudah. Sebanyak 5 tema berbeza disertakan dan tema-tema lain boleh dimuat-turun. Selain daripada itu terdapat juga fungsi Profile dimana anda boleh melakukan tetapan tertentu bergantung kepada tempat dan keperluan. Pemproses empat teras 1.5 Ghz dan 2 Gigabye Ascend P6 nampaknya mampu menjalankan kesemua aplikasi tanpa sebarang masalah. Pada harga jualan RM 1399, Huawei Ascend P6 ialah peranti empat teras yang paling mampu milik di pasaran sekarang.

 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s