RSS

Pelancaran Aplikasi HyppTV Everywhere Dan HyppTV Untuk Streamyx

31 Jul

Bagi yang mengikuti perkembangan HyppTV, mungkin sedia maklum mengenai aplikasi HyppTV yang diterbitkan untuk Android dan juga iOS. Hari ini, pihak Telekom Malaysia melancarkan secara rasmi perkhidmatan tersebut, dikenali sebagai HyppTV Everywhere dan pada masa yang sama mengumumkan HyppTV untuk Streamyx. HyppTV Everywhere hadir dalam bentuk aplikasi untuk pengguna Android dan juga iOS, membolehkan mereka mengikuti pelbagai rancangan yang digemari menerusi telefon pintar dan juga tablet. Ditawarkan sebagai salah satu perkhidmatan tambahan kepada pelanggan Unifi dan juga Streamyx (4Mbps & 8Mbps) sedia ada. Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan ini dikehendaki membayar sebanyak RM5 sebulan untuk dua peranti, atau RM10 untuk akses pada 5 peranti. Sebagai pengenalan, pihak Telekom Malaysia menawarkan ia secara percuma untuk pelanggan sedia ada bermula 1 Ogos sehingga 30 September. Muat-Turun HyppTV untuk Android atau Muat-Turun HyppTV untuk iOS. HyppTV untuk Streamyx disediakan sebagai perkhidmatan tambahan percuma untuk pelanggan Streamyx 8Mbps, dimana ia hadir sebagai perkhidmatan tiga serangkai suara, internet dan IPTV pada langganan RM160 sebulan, manakala untuk pengguna Streamyx 4Mbps pula, mereka dikehendaki melanggannya pada harga tambahan RM30 sebulan dengan 17 saluran percuma (dengan pilihan langganan pek HyppTV). Pada hari ini, HyppTV telah mempunyai sejumlah 109 saluran dengan lebih kurang 27 saluran yang ditawarkan dalam bentuk HD.

 
Leave a comment

Posted by on July 31, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s