RSS

Telefon Pintar LG G2

12 Aug

Hari ini pihak LG Mobile secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu LG G2. LG G2 menyertakan dwi-butang pada bahagian belakang yang membawakan kaedah interaksi serba baru berbanding peranti sedia ada hari ini. Pada butang bahagian belakang, pengguna boleh mengawal volume, merakam gambar, dan boleh mengakses secara pantas ke aplikasi QuickMemo. Membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, cip pemprosesan 2.26GHz Snapdragon 800, memori 2GB RAM dan mempunyai rangkaian 4G LTE. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera belakang 13 MP dengan sokongan penstabilan imej optikal. Mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh bersama sokongan GRAM, yang membawakan penjimatan bateri yang lebih lama. LG G2 juga mempunyai kualiti bunyi baik dengan sokongan HiFi. Beberapa sokongan yang turut dibawakan adalah sokongan KnockOn iaitu membolehkan pengguna mengaktifkan skrin peranti dengan tap dua kali pada skrin, kebolehan menjawab panggilan tanpa menekan sebarang butang, fungsi Guest Mode untuk membolehkan rakan-rakan menggunakannya tanpa melihat beberapa info peribadi. Apabila pengguna memasukkan headset, ia akan mengaktifkan sokongan Plug and Pop, memberikan akses pantas kepada aplikasi berbentuk multimedia. Selain itu, terdapat jugak salah satu fungsi menarik iaitu Text Link, dimana melalui SMS, ia membolehkan pengurusan data adalah lebih baik dan pantas, tidak lagi memerlukan pengguna untuk menyalin-dan-tampal data dan info seperti sebelumnya.

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s